awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sahabat maut dalam kemalangan di Pekan

Bernama
Bernama
18/11/2012
03:05 MYT
Tiga sahabat maut dalam kemalangan di Pekan
Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 29.5, Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai, di sini awal pagi ini. Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 12.45 pagi itu adalah pemandu kereta Proton Wira, Shahrul Azwan Jaafar Shah, 18, dan dua rakannya Mohd Faqih Mohd Nor, 18, dan Hasroy Haniff Hamsah, 17.
Seorang lagi rakan mereka, Mohd Hasri Razali, 19, mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Pekan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya ketika kejadian, keempat-empat sahabat dari Peramu Jaya di sini itu dalam perjalanan ke Kuantan. "Ketika sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri sebelum merempuh besi penghadang jalan.
"Akibat rempuhan itu, kereta terbabit terbalik yang menyebabkan tiga mangsa cedera parah dan mati di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera ringan," katanya.
Zainalabidin berkata mayat ketiga-tiga sahabat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#maut
#Pekan
#sahabat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan