awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sahabat maut dalam nahas kereta, treler

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/07/2020
03:04 MYT
Tiga sahabat maut dalam nahas kereta, treler
Kereta yang dipandu mangsa berusia 33 tahun dikatakan melanggar lopak air lalu hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan treler berkenaan. - Foto Astro AWANI
Tiga sahabat maut manakala dua lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler muatan bijih besi amang.
Nahas berlaku di Kilometer 42, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi (Aring), Hulu Terengganu pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 petang itu menyebabkan tiga mangsa yang menaiki kereta jenis terbabit maut di tempat kejadian.
Mangsa yang maut adalah pemandu kereta Noriskandar Muzafar, 33; penumpang hadapan, Wan Ahmad Adam Murshidy Wan Rosli, 24, dan penumpang belakang, Zulkarnain Buniyami, 18 tahun.
Dua lagi penumpang kereta, Afif Safwan Mohd Zuki, 21, dan Mohamad Rusydi Md. Said, 26, mengalami kecederaan parah.
Ketika kejadian, treler yang dipandu lelaki berusia 24 tahun itu dalam perjalanan dari arah Gua Musang, Kelantan menghala ke Pelabuhan Gebeng, Kuantan, Pahang.
Manakala lima lagi lelaki yang menaiki kereta pula dikatakan dalam perjalanan dari arah Bera, Pahang menghala ke Perak.
Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa berusia 33 tahun dikatakan melanggar lopak air lalu hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan treler berkenaan.
Ekoran daripada itu kereta terbabit merempuh bahagian hadapan lori treler sebelum tercampak ke lorong sebelah kiri jalan.
Mohd Adli berkata, dua penumpang kereta yang cedera dibawa Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut, manakala mayat tiga mangsa dibawa ke unit forensik hospital yang sama untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#cedera
#hilang
#kemalangan
#lelaki
#maut
#mayat
#Nahas
#Pahang
#polis
#Tiga sahabat maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan