KUANTAN: Membantu pekebun memasarkan hasil pertanian sekali gus membolehkan masyarakat mendapatkan sayur segar pada harga murah, menjadi pegangan tiga siswazah universiti ini ketika mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian pada awal tahun lepas.
Untuk itu, Muhammad Naqib Azam, 31, bersama dua rakan sebayanya Mohd Syamim Aizat Zaki, dan Muhammad Zaid Zuhri, bersetuju supaya keuntungan purata sayur-sayuran jualan mereka ditetapkan di bawah 50 sen sekilogram.
Sebagai contoh, Muhammad Naqib berkata timun yang dibeli daripada pekebun pada harga RM2.70 sekilogram dijual pada harga RM3 sekilogram iaitu lebih murah berbanding RM3.50 yang ditetapkan pada skim kawalan harga.
"Kami berani menjual pada harga begitu kerana tidak perlu melalui pelbagai lapisan memandangkan semuanya dilakukan sendiri daripada mencari pekebun, membawa hasil ke pusat pengumpulan untuk dibungkus sehinggalah menghantar kepada pembeli.
"Hubungan baik dengan pekebun juga membolehkan kami mendapatkan harga sedikit murah selain niat mahu membantu mereka supaya semua hasil kebun dapat dipasarkan tanpa banyak kerenah," kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Ternakan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Projek Fertigasi Inderapura, di sini, yang menjadi 'pejabat' mereka.
Anak jati Raub itu berkata bagi memastikan harga jualan dapat dikekalkan pada harga murah, mereka juga sepakat tidak mengambil kos pengangkutan secara berlebihan, malah pernah menyerap kos tersebut apabila harga sayur sedikit meningkat.
Selain timun, Muhammad Naqib berkata sayuran lain yang dijual seperti lada, bendi dan kacang panjang, bergantung hasil yang boleh diperoleh dari kebun di sekitar Kuantan dan Pekan pada hari tersebut.
Mengimbas penglibatan mereka dalam industri pertanian, Mohd Syamim berkata ia bermula semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila melihat ada pekebun tidak dapat memasarkan produk mereka disebabkan banyak kedai makan ditutup.
"Untuk membantu petani, kami menawarkan diri menjualkan hasil kebun mereka pada harga murah supaya sekurang-kurangnya mereka boleh dapat pulangan modal. Disebabkan tiada platform khusus, kami bermula dengan menjual kepada ahli keluarga, jiran dan penduduk taman perumahan.
"Iklan menerusi mulut ke mulut membantu orang ramai mengenali kami selain turut dipromosikan di media sosial termasuk di akaun Facebook 'Dari Kebun' supaya lebih mudah orang ramai menghubungi kami.
"Tanpa diduga kami semakin berminat dalam perniagaan sayur ini, lalu menubuhkan syarikat SZ Sayur Trading bagi melancarkan lagi operasi kerana sudah mempunyai pelanggan tetap memandangkan harga kami tawarkan lebih murah berbanding kebanyakan tempat," katanya.
Sejak bergelar 'saudagar sayur' Mohd Syamim, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkata rutin harian mereka bermula seawal 9 pagi dengan mengambil sayur di kebun dan dibawa ke pejabat untuk penggredan serta pembungkusan.
Penghantaran sayur bermula pada 12 tengah hari sebelum mereka bertiga kembali semula ke pejabat pada pukul 3 petang untuk menyambung operasi pembungkusan bagi slot penghantaran sebelah malam yang bermula selepas maghrib dengan tumpuan di pasar raya dan kedai.
Untuk melancarkan operasi, Muhammad Syamim berkata pembeli diwajibkan membuat tempahan sekurang-kurangnya sehari sebelum, supaya sayur yang diambil dalam kuantiti antara 500 kilogram dan satu tan sehari, dapat dihabiskan.
Sementara itu, Muhammad Zaid, yang juga lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian UPM berkata mereka berani terlibat dalam bidang pertanian dan perniagaan selepas mendapat nasihat Pejabat Pertanian Daerah Kuantan.
"Kami juga merancang untuk menanam beberapa jenis sayur di sini, bagi membolehkan kami terus menawarkan harga murah kepada masyarakat. Ini juga boleh sebahagian daripada cabang sedekah yang boleh dilakukan untuk membantu orang ramai," katanya sambil memaklumkan ketiga-tiga mereka bekerja dalam bidang berbeza sebelum PKP.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Muhammad Zaid membungkus timun batang untuk dijual kepada pelanggan semasa ditemui di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Projek Fertigasi Inderapura, dekat Kuantan. --fotoBERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di tiga negeri hingga 23 Nov
MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.
Kegiatan punggah keluar hasil galian, Pahang beri kerjasama kepada SPRM
Kerajaan Pahang akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit.
Tan Sri Wan Zaki, pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia
Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.
Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini
Hujan dijangka berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang.
Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 2 petang ini.