awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti ketidakpatuhan e-Invois dengan syarat pembayar cukai ikut peraturan - LHDN
Indonesia capai tahap sara diri beras - Prabowo
Polis rampas 259 mesin perlombongan bitcoin bernilai RM958,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga terbunuh, 14 lagi cedera akibat serangan bom di Kabul

Agensi
Agensi
28/10/2020
06:35 MYT
Tiga terbunuh, 14 lagi cedera akibat serangan bom di Kabul
Menurut laporan polis tempatan, letupan berkenaan berlaku di daerah polis kesepuluh di Kabul selepas penyerang meletupkan bom yang dipasang pada sebuah kereta di tepi jalan. - REUTERS/Mohammad Ismail
KABUL:Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 14 lagi cedera dalam satu serangan bom di Kabul, Afghanistan.
Menurut laporan polis tempatan, letupan berkenaan berlaku di daerah polis kesepuluh di Kabul selepas penyerang meletupkan bom yang dipasang pada sebuah kereta di tepi jalan.
Letupan tersebut juga menyebabkan pelbagai tahap kemusnahan terhadap bangunan berdekatan.
Seorang saksi memberitahu stesen berita China Central Television (CCTV), dia mendengar bunyi letupan yang kuat dan kemudiannya melihat kepulan asap hitam.
Katanya lagi, kekuatan letupan itu menyebabkan gelas bangunan dalam jarak 100 hingga 200 meter itu hancur berkecai.
Sebelum ini pada Selasa, berlaku satu letupan bom kereta di wilayah Khost, timur daripada pangkalan pasukan polis khas dimana penyerang memulakan tembakan.
Sekurang-kurangnya lima anggota polis terbunuh manakala 25 lagi anggota polis dan sembilan orang awam tercedera dalam insiden itu.
Setakat ini, tiada mana-mana kumpulan atau individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas kedua-dua serangan berkenaan.
Topic Berkaitan
#serangan bom
#Kabul
#Afghanistan
#Terbunuh
#cedera
#bom kereta
#Khost
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan