awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga termasuk dua beradik maut dalam kemalangan di Lipis

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
14/08/2020
15:02 MYT
Tiga termasuk dua beradik maut dalam kemalangan di Lipis
Menurut polis, kejadian berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Kuala Lumpur. - Foto ihsan PDRM
Tiga individu maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh di Padang Tengku, Lipis hari ini.
Dalam kejadian jam 5.45 petang menyebabkan dua beradik iaitu Roziah Mohamed Yusof, 22, dan Mohamed Rozuan Mohamed Yusof, 32, serta seorang lagi individu Faizul Idzafi Azmi, 34 meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Kuala Lumpur.
“Ketika sampai di tempat kejadian, lori yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, ini menyebabkan pemandu dan dua penumpang kereta maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah.
“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#Hospital Lipis
#Jalan Lipis-Merapoh
#kemalangan Lipis
#lori kelapa sawit
#Mohamed Rozuan Mohamed Yusoff
#Padang Tengku
#Roziah Mohamed Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan