SINGAPURA: Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik yang membuktikan bahawa usia selepas 50 adalah era keemasan baharu.
Mereka ialah pengarah eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, peguam Ambiga Sreenevasan dan pengarah filem dan pengasas Current Pictures Tunku Mona Riza Tunku Khalid.
Menurut Forbes, wanita tersenarai berasal dari 14 negara dan wilayah membabitkan puluhan sektor pekerjaan.
Pengaruh mereka merangkumi fesyen, farmasi, kewangan dan sebagainya.
Sta Maria, 65, yang dilantik sebagai pengarah eksekutif Sekretariat APEC pada 2019 menjadi wanita pertama yang mengetuai badan penasihat ekonomi antara kerajaan dengan 21 anggota itu.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua setiausaha, setiausaha agung dan perunding perdagangan utama untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Sebelum ini, beliau juga pernah mewakili rantau ini di Forum Ekonomi Dunia dan menjadi pengarah bukan eksekutif sebuah bank.
Sementara itu, Sreenevasan, 67, peguam terkemuka Malaysia dan peguam bela hak asasi manusia pernah menerima Pingat Ruth Bader Ginsburg dan Anugerah Gandhi Memorial Trust Public Service.
Beliau yang berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Exeter, United Kingdom, kini berkhidmat sebagai Presiden Pure Life Society, sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.
Tunku Mona Riza, 57, pula pernah memenangi anugerah Most Promising Director di Festival Filem Malaysia 2017 menerusi karyanya "Redha".
Diilhamkan daripada kisah benar, filem itu menggambarkan cabaran membesarkan kanak-kanak autisme dan tercalon untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89.
Filem yang dterbitkan pada tahun lalu "Rain Town" ialah filem berbahasa Cina pertama Malaysia yang diarahkan oleh pengarah wanita Melayu.
Turut tersenarai antaranya aktivis alam sekitar India berusia 112 tahun, Saalumarada Thimmakka yang sinonim dengan gelaran "mother of trees" dan pelakon Indonesia Christine Hakim.
Senarai penuh boleh didapati di Forbes.com dan menerusi edisi Februari/Mac Forbes Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Dari kiri, pengarah eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, peguam Ambiga Sreenevasan dan pengarah filem dan pengasas Current Pictures Tunku Mona Riza Tunku Khalid. - Gambar fail
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
[TERKINI] Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan hal ehwal umat Islam, termasuk konflik Palestin-Israel.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Pantau Belanjawan: Keperluan reformasi segera sistem pendidikan Malaysia
Pensyarah Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah membincangkan keperluan rombakan sistem pendidikan negara selepas Bank Dunia melaporkan hanya 58% pelajar mahir membaca pada usia darjah 5.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik.
Prof Adeeba tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Senarai 2022 Asia
Pakar Penyakit Berjangkit Malaysia Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berjaya menempa nama dalam Majalah Forbes 50 Over 50: Senarai 2022 Asia.