Skip to main content

Malaysia

Tikam 13 kali: Bekas juruteknik dituduh bunuh isteri

KULIM, 21 Sept - Bekas juruteknik G. Vikneswaran, 43, dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya minggu lepas. Vikneswaran mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan lelaki tersebut didakwa membunuh S. Sila, 39, di sebuah rumah di Taman Tiram di sini antara 6.30 petang hingga 9.04 malam, _BERNAMA
Vikneswaran dihadapkan di Mahkamah Majistret Kulim hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya minggu lepas. --fotoBERNAMA
Advertisement

KULIM: Seorang bekas juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya, dalam kejadian melibatkan tikaman 13 kali, minggu lalu.

Tertuduh, G Vikneswaran, 43, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas S Sila, 39, di sebuah rumah di daerah ini, antara jam lebih kurang 6.30 petang dan 9.04 malam, 14 Sept lalu.

Dengan perbuatan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, dan minimum 12 sebatan, jika tidak dihukum mati.

Timbalan Pendakwa Raya S Preeyaa tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan hasil bedah siasat dan laporan kimia.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan seorang wanita meninggal dunia akibat ditikam sebanyak 13 kali oleh suaminya sendiri di rumah mereka di sini.

 

Must Watch Video

Advertisement