awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tikam isteri, ibu mentua hingga parah kerana selisih faham

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
22/06/2022
14:23 MYT
Tikam isteri, ibu mentua hingga parah kerana selisih faham
Seorang lelaki berusia 20-an ditahan selepas menikam isteri dan ibu mertuanya dalam satu kejadian di Chabang Empat, Tumpat petang semalam. - Gambar hiasan
TUMPAT: Seorang lelaki berusia 20-an ditahan selepas menikam isteri dan ibu mentuanya dalam satu kejadian di Chabang Empat, Tumpat di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner ACP Amran Dolah berkata suspek menikam isteri dan ibu mentuanya selepas berlaku perselisihan faham antara suspek dan isteri.
"Pada jam 6.35 petang semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat menerima satu laporan berhubung kejadian mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata ke atas dua perempuan Melayu yang merupakan isteri dan ibu mentua kepada suspek menyebabkan kedua-dua mangsa ditikam dengan dua bilah pisau.
"Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an dan 60-an itu telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan.
Amran berkata, hasil pemeriksaan awal doktor mendapati mangsa pertama telah mengalami retak dan luka di bahagian kepala, patah dua jari serta luka di beberapa bahagian anggota badannya.
Manakala mangsa kedua pula telah mengalami luka di bahagian kepala akibat ditikam oleh suspek.
Dalam operasi mengesan suspek, pihak polis telah menerima satu laporan pagi tadi memaklumkan terdapat seorang lelaki yang ingin terjun dari tingkat 28 sebuah bangunan yang dalam pembinaan di Lembah Sireh, Kota Bharu.
Menurut Amran, pihaknya berjaya menahan lelaki tersebut dan hasil semakan mendapati lelaki berkenaan merupakan suspek dalam kes menikam isteri dan ibu mentuanya.
"Polis telah menahan suspek, yang bekerja sebagai pemandu lori.
"Hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#tikam isteri
#ibu mentua
#Chabang Empat
#Tumpat
#selisih faham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan