Tikam pelajar: Polis sahkan temui nota bertulis 'Dunia ni palsu. Saya sudah menang'

Datuk Shazeli Kahar berkata, nota berkenaan ditemui semasa tangkapan dibuat terhadap suspek.
SHAH ALAM: Polis mengesahkan menemui nota dipercayai ditulis pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam rakan sekolahnya dalam kejadian bunuh di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan penemuan nota dipercayai ditulis suspek remaja lelaki semasa tangkapan dibuat, yang kini dalam siasatan pegawai penyiasat sebagai sebahagian daripada bukti kes.
- Tiada unsur buli dikesan dan tiada keterangan jelas mengenai hubungan atau situasi emosi antara suspek dan mangsa, namun siasatan merangkumi latar belakang kedua-dua pihak.
- Polis menyeru kerjasama semua pihak termasuk sekolah dan masyarakat untuk memastikan keselamatan pelajar, sambil memandang serius insiden yang berlaku.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.
Ketika ditanya sama ada suspek mempunyai hubungan dengan mangsa, Shazeli memberitahu tiada keterangan jelas mengenai situasi emosi kedua-dua belah pihak.
Tambah beliau, siasatan dijalankan merangkumi semua aspek termasuk latar belakang suspek dan mangsa. Katanya, setakat ini, tiada unsur buli dikesan dalam kejadian berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya memandang serius insiden itu dan menyeru semua pihak termasuk sekolah serta masyarakat untuk bersama-sama memastikan keselamatan pelajar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami