awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima

Bernama
Bernama
17/07/2024
14:39 MYT
Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima
Seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan dipercayai dilakukan rakan serumahnya di sebuah rumah pangsa di Desa Mentari, Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan dipercayai dilakukan rakan serumahnya di sebuah rumah pangsa di Desa Mentari, Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata kejadian pada 5.45 pagi itu dimaklumkan oleh orang awam menerusi panggilan kecemasan 999 selepas mendapati mangsa cedera dan berlumuran darah di kediamannya di tingkat lima rumah pangsa tersebut.
Beliau berkata polis yang tiba ke lokasi kejadian mendapati mangsa yang dipercayai ditikam terbaring di bahagian ruang tamu rumah, manakala suspek dijumpai juga dalam keadaan terbaring di tingkat bawah selepas disyaki cuba melarikan diri dengan melompat melalui tingkap dapur rumah tersebut.
"Suspek yang terjun mengalami patah pinggang serta cedera di bahagian rusuk kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulnizam berkata dua pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh memberi bantuan awal kepada mangsa serta suspek dan pemeriksaan mendapati terdapat 11 tikaman pada bahagian badan mangsa.
"Mangsa serta suspek telah dirujuk ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut, manakala sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dirampas. Satu kertas siasatan juga telah dibuka mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tikam rakan serumah
#Desa Mentari
#Polis Daerah Petaling Jaya
#rumah pangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan