awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiket bas kembali laris, pemandu pula yang kurang

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/04/2022
09:44 MYT
Tiket bas kembali laris, pemandu pula yang kurang
Kekurangan pemandu bas akibat kesan PKP menyebabkan penyediaan bas terbatas ketika musim perayaan. - Bernama
KUALA LUMPUR : Setelah dua tahun tidak bersama keluarga di kampung, stesen-stesen bas di ibu kota kembali menjadi tumpuan orang ramai yang sibuk membuat persiapan awal mendapatkan tiket bas untuk pulang ke kampung.
Kelonggaran yang telah diberikan kerajaan kali ini secara tidak langsung dapat merancakkan kembali industri pengangkutan tersebut menjelang musim perayaan.
Bagaimanapun, setelah dua tahun stesen bas lengang dan kurang aktviti pergerakan, ternyata wujud kesan tertentu sebaik sahaja ia mula kembali beroperasi.
Menurut Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, Thiagarajan Renganathan, kesan sekatan ekonomi sejak dua tahun lalu mengakibatkan ramai pemandu bas yang telah beralih kepada pekerjaan lain.
“Jualan tiket bas terutamanya ke kawasan pantai timur agak memberangsangkan namun dari segi penyediaan bas agak kurang sebab kita kurang pemandu.
“Jadi syarikat bas hanya mampu menggunakan bas sedia ada yang mempunyai pemandu bagi pergerakan sempena musim perayaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Mengulas lanjut, Thiaga memberitahu, sebahagian besar pemandu bas telah beralih pekerjaan sebagai pemandu lori disebabkan beberapa industri yang kurang terjejas sewaktu PKP.
Bahkan, ada yang seakan-akan telah selesa dengan situasi ketika ini yang mungkin tidak terlalu terikat jika dibandingkan dengan pemandu bas ekspres.
“Biasanya musim perayaan ini lori kurang bergerak, jadi mereka pun boleh cuti ketika musim perayaan.
“Tak sama seperti bas terutamanya musim perayaan yang menerima permintaan tinggi jadi nak cuti mungkin susah,” katanya.
Dalam pada itu, Thiaga berpendapat, suasana musim perayaan mungkin tidak akan sama seperti dahulu meskipun kebenaran untuk pulang ke kampung telah diberikan.
Tidak ketinggalan, beberapa pengusaha syarikat bas yang mungkin telah berputus asa untuk meneruskan perniagaan berikutan tamparan hebat sewaktu tempoh PKP menyebabkan mereka tidak lagi mampu bertahan.
Topic Berkaitan
#PKP
#bas ekspress
#musim perayaan
#Hari Raya Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan