Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Langkawi Shukor Bahari mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Turut sama meletakkan jawatan dan keluar parti ialah 22 daripada 25 ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Langkawi.
Shukor berkata susulan pengumuman itu, sebanyak 16 cawangan Bersatu Bahagian Langkawi yang melibatkan lebih 4,900 ahli turut terbubar secara automatik.
"Kami ahli Bersatu Langkawi, atas dasar dan sejajar dengan matlamat perjuangan untuk menghapuskan salah guna kuasa, rasuah (kleptokrasi) dan demi membina kemakmuran Malaysia yang mengutamakan agama, bangsa dan negara adalah dengan ini kami bersama sepakat untuk meletakkan segala jawatan di dalam parti Bersatu.
"Kami dengan rela hati tanpa ada paksaan mengisytiharkan keluar dari parti berkuat kuasa serta-merta," kata dalam sidang media khas pembubaran Bersatu Bahagian Langkawi di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di sini, hari ini.
Turut hadir pada sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti itu ialah Puteri Fataharyati Harun (setiausaha), Zamre Yahya (ketua penerangan) dan Azlina Mansor (ketua Srikandi).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 09 2020
Shukor (kiri) menurunkan papan tanda Bersatu selepas mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta-merta pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di sini hari ini. --fotoBERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Hukuman zalim, tidak masuk akal, Tun Faisal rayu penggantungan dibatalkan
Beliau berkata Lembaga Disiplin parti terkhilaf apabila tidak mempertimbangkan secara adil fakta dan konteks sebenar kenyataannya.
IPD bermasalah: 30 peratus anggota ada masalah integriti serius - Ayob Khan
Lebih 30 peratus anggota di empat buah balai polis dan satu bahagian di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Johor, dikenal pasti mempunyai masalah rekod integriti lampau yang serius.
Warisan ke Semenanjung bukan untuk berlawan dengan sesiapa - Shafie Apdal
Warisan turut akan membuka cawangan atau bahagian di kawasan lain yang tiada masyarakat Sabah tetapi mempunyai permintaan.
Timbalan Ketua Bahagian, 22 AJK Bersatu Langkawi umum keluar parti
Turut sama meletakkan jawatan dan keluar parti ialah 22 daripada 25 ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Langkawi.
Putra tidak bertanding PRN Sabah
Walaupun ada pemimpin bahagian yang sedia bertanding, namun mesyuarat perhubungan parti berkenaan semalam memutuskan perkara itu demi strategi masa depan Putra Sabah.
Pemimpin Pemuda UMNO desak Lembaga Disiplin siasat Lokman Adam
Mereka mendakwa Lokman sebagai ahli dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah melanggar disiplin parti.
Sistem Satu Ahli Satu Undi hanya di pemilihan cawangan, bahagian - Mukhriz
Mukhriz menjelaskan sistem SASU dilihat tidak pratikal digunakan bagi pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Keluar daripada zon selesa jika mahu menang PRU14 - Zahid Hamidi
Semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian hingga ke akar umbi diingatkan agar keluar daripada zon selesa dan tidak bermegah dengan jawatan yang mereka sandang jika mahu memenangi PRU14.
TPM tiba di Kuala Terengganu untuk rasmi tiga persidangan perwakilan bahagian UMNO
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kuala Terengganu hari ini untuk merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu.