awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Venezuela: Mangsa penyangak dunia yang bermula daripada kelemahan dalaman negara yang berpanjangan
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan pengarah syarikat didakwa sebabkan pemberi maklumat dipecat

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/09/2020
03:42 MYT
Timbalan pengarah syarikat didakwa sebabkan pemberi maklumat dipecat
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azman Ahmad. - Gambar Astro AWANI
Seorang timbalan pengarah sebuah syarikat dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat kerana didakwa menyebabkan pekerja yang melaporkan salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipecat.
Tertuduh, Wafiy Abd Aziz, 35, didakwa di bawah Seksyen 10 (3) (b), Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
Lelaki itu juga adalah individu pertama didakwa mengikut akta tersebut sejak ia mula berkuat kuasa pada 2010.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azman Ahmad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengambil tindakan memudaratkan terhadap kakitangan syarikatnya berusia 63 tahun dengan cara mengapi-apikan pengerusi syarikat supaya menandatangani dokumen ‘Termination of Employment’ terhadap pemberi maklumat itu.
Ia adalah sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kakitangan itu berkaitan salah lakunya yang dilaporkan kepada SPRM.
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali dan tertuduh diwakili peguam, Siti Sarah Khalid dan Muhammad Amirrul Jamaluddin.
Mohd Afif dalam penghujahannya meminta hakim mengenakan ikat jamin RM30,000 dan beberapa syarat tambahan termasuk melaporkan diri sebulan sekali ke pejabat SPRM terdekat terhadap tertuduh.
Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan dia dilarang mengganggu mana-mana saksi sepanjang tempoh perbicaraan.
Mahkamah menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#lelaki
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#Malaysia
#Rasuah
#SPRM
#syarikat
#Tertuduh
#Timbalan Pengarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan