Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan.
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, majikan swasta perlu mematuhi perkara itu yang dibentangkan semasa Belanjawan 2020 semalam.
"Sekiranya sektor awam boleh melaksanakannya mengapa tidak sektor swasta?" katanya pada sidang media Karnival Prihatin JobsMalaysia 2019, di sini hari ini.
Beliau berkata, cuti bersalin selama 90 hari perlu dilaksanakan sebagai mengikuti standard antarabangsa walaupun pelaksanannya akan dimulakan pada 2021.
"Negara kita perlu mengikut 'international standard' dan mana-mana syarikat yang enggan melaksanakannya akan dikenakan tindakan," katanya.
Pada Jumaat, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 berkata, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan akta itu kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.
Kajian itu akan meliputi empat perkara antaranya meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021.
BACA: 'Majikan perlu lihat cuti bersalin satu pelaburan bukan bebanan'
Sementara itu, beliau berkata, insentif gaji #MalaysiaKerja akan diuruskan dan dikreditkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengelakkan penyelewengan oleh pelbagai pihak termasuk majikan.
"Kerajaan akan membayar melalui KWSP kerana mereka dan majikan mempunyai rekod pekerja. Ia juga bagi mengelakkan majikan daripada menyeleweng wang itu," katanya.
Program pertama #GraduanKerja di bawah inisiatif #MalaysiaKerja direka khusus untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan dengan setiap graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima.
Majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama.
Beliau berkata, setakat ini terdapat sebanyak 260,000 kekosongan pekerjaan yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia di JobsMalaysia bagi mendapatkan kerja yang diingini. - BERNAMA
BACA: Cuti bersalin 90 hari mungkin rugikan pekerja dari segi perjawatan - Christy Ng
Bernama
Sat Oct 12 2019
Majikan swasta perlu mematuhi pelaksanaan cuti bersalin 90 hari seperti yang dibentangkan semasa Belanjawan 2020, kata M. Kula Segaran. - Gambar fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Kerajaan disaran perhalusi pelaksanaan tempoh 90 hari cuti bersalin
Sharifah Hapsah berkata kerajaan harus mempertimbangkan dasar 'menang-menang', seperti pemberian insentif kepada majikan yang memberi cuti kepada pekerja mereka.
Cuti bersalin 90 hari, gembirakah kaum wanita?
Bunyinya menggembirakan wanita, tetapi tidak semestinya memperkasa wanita
Cuti bersalin 90 hari bebankan syarikat kecil - MEF
Shamsuddin Bardan berkata peningkatan tempoh cuti bersalin itu juga dilihat bakal meningkatkan kos operasi syarikat berkenaan.
Tindakan akan dikenakan ke atas majikan swasta yang enggan beri cuti bersalin 90 hari
Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan
Perjalanan bebas visa ke Maghribi untuk rakyat Malaysia bermula 27 Dis
Ini susulan Perjanjian Penghapusan Separa Keperluan Visa yang dimeterai oleh Malaysia dan Maghribi di sini pada 19 Julai lalu.