awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan 'halalkan' PATI menghantar mesej salah - MTUC

Cynthia Ng
Cynthia Ng
17/01/2017
14:07 MYT
Tindakan 'halalkan' PATI menghantar mesej salah - MTUC
Presiden MTUC Abdul Halim Mansor berkata sistem itu berisiko disalahgunakan oleh pendatang haram. - Gambar fail
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata tindakan kerajaan mengeluarkan Kad Pekerja Asing Sementara kepada pekerja asing tanpa izin (PATI) yang bermajikan di negara ini menghantar satu mesej yang salah kepada pekerja dan majikan.
Presiden MTUC Abdul Halim Mansor berkata sistem itu berisiko disalahgunakan oleh pendatang haram.
"Kalau kita ambil tindakan halalkan PATI, ini akan merumitkan negara kerana pekerja yang diberikan permit akan menggalakkan keluarga-keluarga mereka untuk datang dan menunggu sehingga ditangkap, dan kemudiannya jadi pekerja asing berdokumen," katanya di Hari Ini 8.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah mengeluarkan kad sementara adalah bertujuan untuk memantau PATI dan pada masa sama memastikan operasi sektor pekerjaan yang sudah menggaji pekerja terbabit tidak terganggu.
Tambahnya, kad sementara yang perlu diperbaharui setiap tahun itu akan memastikan majikan membayar levi, insurans dan manfaat sosial kepada pekerja asing tanpa izin.
Namun, Abdul Halim berkata, ketika ini, ada di kalangan pihak majikan yang mengambil kesempatan dengan mengupah pekerja tanpa izin untuk mengelakkan bayaran-bayaran tersebut.
"Pekerja tanpa izin secara teknikal masuk ke Malaysia berdokumen tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka tidak keluar atau lari dari majikan dan masih berada di negara kita.
"Apa yang kita lihat ialah majikan mengambil jalan pendek dengan menggajikan pekerja tanpa izin yang asalnya berdokumen. Secara langsung, mereka mendapat 'diskaun' kerana tidak perlu bayar perlindungan sosial, tidak perlu bayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#levi pekerja asing
#MTUC
#pati
#pekerja asing
#pendatang asing tanpa izin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan