Tindakan pantas dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menyelamatkan nyawa dua orang awam yang jatuh di laut apabila bot yang dinaiki terbalik dipercayai akibat dipukul ombak sekitar jam 8 malam Khamis.
Kejadian itu kemudiannya dilaporkan ke Pusat Operasi Armada Barat setelah petugas titian kapal melihat orang awam terjatuh ke dalam laut di Selat Dinding, berhampiran Jeti Dalam, Tambatan Pangkalan Lumut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perhubungan Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut hari ini, dua anggotanya, Laskar Kanan I Weltron Duanis dari KD Mahawangsa dan Laskar Kanan Jamalul Hayat A. Baser dari KD Kasturi yang ketika itu berada di kapal dan jeti, bergegas terjun ke laut untuk menyelamatkan mangsa.
Dalam masa sama, TLDM, melalui Pusat Operasi Armada Barat telah mengarahkan bot bantuan miliknya bergerak serta merta ke tempat kejadian bagi membantu operasi menyelamat mangsa.
“Kru bot tiba di tempat kejadian dan seterusnya membantu perenang menaikkan mangsa ke bot bantuan. Keempat-empat mereka selamat dibawa pulang ke Himpitan 11 pada jam 8.20 malam,” kata kenyataan itu.
Mangsa yang jatuh laut dikenali sebagai Mohd Izman Ibrahim, 35 dan rakannya, Muhammad Zulhusni Mohamad, 25, berada dalam keadaan stabil ketika diselamatkan dan dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Lumut bagi rawatan lanjut.
Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Pahlawan Mohamad Adib Abdul Samad telah menyampaikan sijil Penghargaan kepada keenam-enam anggota yang menyumbang ke arah kejayaan operasi menyelamat mangsa jatuh laut itu.
Beliau turut menyatakan rasa bangga dan berharap agar sikap keberanian itu dapat dijadikan contoh dan pendorong semangat kepada semua warga ‘Navy People’ untuk sentiasa proaktif dan fokus dalam melaksanakan tugasan dan amanah yang dipikul.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Oct 26 2018
Keenam-enam anggota terlibat dalam operasi menyelamat mangsa. - TLDM
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
10 kontena dari Malaysia berjaya masuk Gaza
Kontena tersebut antara lain berisi tepung gandum, pek penjagaan diri, kotak bantuan dan ubat-ubatan, dibawa masuk secara berperingkat.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
16 mayat ditemukan selepas suhu melonjak di Karachi
Mangsa meninggal dunia akibat penyahhidratan yang disebabkan oleh suhu tinggi pada Rabu dan Khamis.
AS salur peruntukan AS$60 juta bina semula jambatan Baltimore
Jambatan itu runtuh pada Selasa selepas sebuah kapal pengangkut kargo besar hilang kawalan dan merempuh struktur Pelabuhan Baltimore.
Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan
Then berkata kesemua perkara itu, perlu dilakukan secara manual dengan menaiki bot selain berjalan kaki dari kampung ke kampung.
50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi
Kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (kira-kira AS$3,000) kepada keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu.
ASEAN gerakkan dua bantuan terakhir ke Myanmar pada 16 Jun, 22 Jun
Ia bagi menyokong usaha bantuan kecemasan di Myanmar susulan bencana buruk akibat Siklon MOCHA bulan lalu.
24 puting beliung landa Mississippi, cetus kemusnahan besar
Sekurang-kurangnya 24 puting beliung dilaporkan melanda Mississippi sejak Jumaat.
Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytihar darurat di Mississippi dan meluluskan bantuan kecemasan bagi membiayai bantuan kecemasan di daerah Carroll, Humphreys, Monroe dan Sharkey.
APM Melaka perluas program Kampung Siaga, tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana
Menerusi program itu, penduduk atau komuniti akan diberikan latihan asas dan pendedahan awal menghadapi sebarang bencana dan kecemasan.