awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas akan diambil ke atas suspek serangan seksual di NZ - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2014
13:33 MYT
Tindakan tegas akan diambil ke atas suspek serangan seksual di NZ - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: di bawah kepimpinannya, sesiapa yang didapati bersalah di bawah undang-undang akan diambil tindakan tanpa mengira sesiapa sahaja.
Tindakan tegas akan diambil ke atas suspek, Pegawai Waran II MINDEF yang bertugas sebagai Pembantu Staf Pertahanan di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail, 38 yang dituduh di atas cubaan merompak serta gangguan seksual ke atas seorang wanita di New Zealand.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Tweetnya berkata, di bawah kepimpinannya, sesiapa yang didapati bersalah di bawah undang-undang akan diambil tindakan tanpa mengira sesiapa sahaja.
Under my leadership at @1MinDef, anyone who is in the wrong will not be above the law. Stern action will be taken without fear or favour.
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) July 1, 2014
Hishammuddin membalas Tweet seorang pengikutnya yang bertanya hukuman terhadap Muhammad Rizalman di atas dakwaan salah lakunya.
No one! If guilty must face the consequences “@nrenyaj: H2O @1MinDef alhamdullilah. no one above the law...”
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) July 1, 2014
Kata Hishammuddin lagi, beliau sudah berbincang dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengenai ekstradisi suspek ke New Zealand.
Tertuduh ditahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei 2014 dan dibawa ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan cubaan merompak serta gangguan seksual ke atas seorang wanita dengan niat merogol.
Identiti suspek sebelum ini dirahsiakan tetapi mahkamah New Zealand hari ini telah menarik balik larangan terbabit selepas menerima desakan dari pihak media.
Suspek kini berada di Malaysia selepas pihak New Zealand pada 12 Mei lalu menawarkan alternatif untuk suspek di bawa pulang ke negara ini memandangkan dia adalah kakitangan suruhanjaya tinggi yang dilindungi di bawah kekebalan diplomatik.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Hishammuddin
#New Zealand
#seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan