Tindakan tegas terhadap kes salah laku seksual libatkan pelajar - KPM

KPM menegaskan bahawa semua pentadbir institusi pendidikan diarahkan supaya mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang diguna pakai.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan terhadap kes salah laku seksual, dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah.
Ringkasan AI
- KPM menegaskan tiada kompromi terhadap kes salah laku seksual, dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah, termasuk dalam kes pelajar di Melaka.
- Empat pelajar Tingkatan 5 direman susulan dakwaan rogol berkumpulan terhadap pelajar Tingkatan 3, yang berlaku dalam sebuah kelas dan terbongkar selepas video kejadian tersebar.
- KPM arah semua pentadbir institusi pendidikan patuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta warga sekolah sentiasa terpelihara.
Katanya, KPM turut memberi kerjasama penuh dalam proses siasatan tersebut.
Pada Jumaat, media melaporkan, empat pelajar senior sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka, direman bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 2 Oktober 2025 sekitar jam 2.50 petang di dalam sebuah kelas.
Mangsa dilaporkan mengalami trauma dan tidak mahu ke sekolah selepas kejadian tersebut.
Menurut sumber, kejadian itu terbongkar selepas video yang dirakam oleh dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit tersebar dalam kalangan pelajar.
Video tersebut kemudiannya dimaklumkan kepada guru dan seterusnya diketahui oleh ibu mangsa pada petang Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami