NATIONAL
'Tinggal gaji lumayan, demi masa bersama keluarga'

Azmi berharap kerajaan dan majikan dapat memastikan struktur gaji pekerja luar bandar setara dengan pekerja di bandar.
SHAH ALAM: Seorang pekerja pembersihan, Azmi Saat, 58, berkata, demi mahu meluangkan masa bersama keluarga, dia sanggup meninggalkan kerjaya bergaji lumayan dan beralih kepada pekerjaan berpendapatan rendah.
Ringkasan AI
- Azmi Saat, seorang pekerja pembersihan, sanggup meninggalkan kerjaya bergaji lumayan sebagai pemasang aksesori kenderaan dengan gaji RM5,000 sebulan untuk kembali ke kampung halaman dan meluangkan masa bersama keluarga, walaupun kini hanya bergaji RM2,000 sebulan.
- Azmi menghadapi cabaran kos hidup tinggi terutama dalam pendidikan kerana semua lima anaknya masih bersekolah dan belajar di universiti. Walaupun kos hidup di kampung mungkin rendah, mereka tetap memerlukan duit belanja yang mencukupi.
- Azmi berharap kerajaan dan majikan dapat memastikan struktur gaji pekerja luar bandar setara dengan pekerja di bandar memandangkan peningkatan harga barangan tanpa mengira lokasi. Gaji yang seimbang akan membantu meningkatkan ekonomi setempat dan menarik lebih ramai pekerja untuk bekerja di kampung.
Bapa kepada lima orang anak berusia antara 14 hingga 24 tahun itu mengakui pendidikan antara cabaran kos hidup tinggi kerana semua anak masih bersekolah dan belajar di universiti.
“Namun, saya percaya pada rezeki Allah kerana isteri pun banyak membantu... dia kerja sebagai akauntan di Shah Alam,” katanya.
Azmi turut berharap kerajaan dan majikan dapat memastikan struktur gaji pekerja luar bandar setara dengan pekerja di bandar memandangkan peningkatan harga barangan tanpa mengira lokasi.
"Walaupun kos hidup di kampung mungkin rendah, tapi kalau anak ramai kami tetap perlukan duit belanja.
"Biarlah gaji seimbang kerana jika gaji setara, mereka yang di bandar pun mungkin sanggup kerja di kampung sekali gus dapat tingkatkan ekonomi setempat,” tambahnya.
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, dilapor berkata Malaysia kini berada di ambang kemunduran ekonomi sekiranya tiada reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap sistem pendidikan dan struktur pekerjaan negara.
Katanya, realiti pendapatan gaji sebenar di Malaysia pada hari ini merosot sebanyak tiga kali ganda berbanding empat dekad lalu.
Menurut beliau, gaji graduan pada masa kini tidak setimpal dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan kos sara hidup.
Katanya, pendapatan yang diterima jauh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya mereka peroleh sekiranya kadar inflasi diambil kira.
*Laporan ini hasil kolaborasi Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban.
*Laporan ini hasil kolaborasi Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami