MUAR: Seorang lelaki terjun dalam sungai sebelum ditemukan lemas di Kampung Bukit Treh di sini pada Rabu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II, Shahrizal Mohtar berkata, sebelum itu seorang nelayan melihat mangsa sedang mendayung bot.
Menurutnya, saksi berkenaan, Azhari Ramli dari Kampung Teluk Kemang kemudian melihat mangsa secara tiba-tiba telah terjun ke dalam sungai.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.20 petang Rabu.
"Seramai 11 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) dilakukan kira-kira satu kilometer (km) dari kawasan mangsa dilihat terjun termasuk di kawasan pesisiran sungai.
Menurutnya, Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor turut membantu operasi SAR tersebut.
Shahrizal berkata, mayat mangsa kemudian ditemui orang awam yang melihat satu objek terapung berhampiran Jeti BBP Muar di bandar ini pada jam 1.40 petang Khamis kira-kira 4km dari lokasi mangsa terjun.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Mangsa berkemungkinan mengalami tekanan perasaan berdasarkan nota yang ditinggalkan dan maklumat daripada keluarga mangsa. Operasi tamat pada jam 2.09 petang," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Tinggal nota sebelum terjun dalam sungai
Sinar Harian
Thu Jun 10 2021
Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemukan lemas selepas terjun dalam sungai di Jeti BBP Muar, Muar pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Tinggal nota sebelum terjun dalam sungai
Seorang lelaki terjun dalam sungai sebelum ditemukan lemas di Kampung Bukit Treh.