awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: AI tiada guna kalau tidak disebar kepada semua lapisan masyarakat - Satya Nadella
Pengeluar telefon pintar kurangkan pengeluaran peranti akibat kekurangan komponen
Harga emas catat rekod tertinggi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkatan 6, Matrikulasi diiktiraf sebagai pendidikan tinggi bermula 2027 - PM Anwar

Bernama
Bernama
20/01/2026
07:59 MYT
Tingkatan 6, Matrikulasi diiktiraf sebagai pendidikan tinggi bermula 2027 - PM Anwar
Anwar (foto) berkata langkah itu sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok secara rasmi adalah pelajar pendidikan tinggi. -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun depan.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sistem pendidikan prauniversiti Tingkatan 6 dan Matrikulasi mulai tahun depan, menjadikan mereka secara rasmi sebagai pelajar pendidikan tinggi.
  • Kerajaan menangani isu kontroversi kemasukan ke kursus pilihan yang terhad dengan menambah 1,500 tempat baharu dalam bidang popular seperti undang-undang, perakaunan, kewangan, kecerdasan buatan, dan lain-lain.
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar Asasi dan Matrikulasi, sementara pelajar Tingkatan 6 STPM dengan PNGK 4.0 juga diberi jaminan tempat di universiti, walaupun tertakluk kepada keupayaan universiti.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata langkah itu sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok secara rasmi adalah pelajar pendidikan tinggi.
"Jadi, pelajar Tingkatan 6 dan Matrikulasi bukan lagi pelajar sekolah... mereka sudah masuk kategori pendidikan tinggi," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan turut menangani isu kontroversi tahunan berkaitan peluang kemasukan ke kursus pilihan yang sering terhad terutama dalam kalangan pelajar kaum minoriti yang mencatat keputusan cemerlang tetapi berdepan kekangan tempat.
Bagi memastikan keadilan peluang, Perdana Menteri berkata kerajaan telah meminta universiti menambah 1,500 tempat baharu dalam kursus popular.
Beliau berkata selepas rundingan lanjut, universiti terbabit bersetuju menambah tempat baharu merangkumi bidang undang-undang, perakaunan, kewangan dan perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan, ekonomi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, komunikasi, pengajian media, sains data, analitik data serta sains komputer.
Selain itu, bagi mengurangkan kebimbangan dalam kalangan pelajar, Anwar berkata kerajaan memberi keutamaan kepada pelajar Asasi dan Matrikulasi seperti lazimnya namun jaminan sama turut diberikan kepada pelajar Tingkatan 6 yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berprestasi tinggi.
"Kita juga telah beri jaminan supaya pelajar-pelajar Tingkatan 6 STPM diberi juga keutamaan untuk mendapatkan tempat di universiti... ini bagi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.
"Kalau 4.0, sedaya upaya universiti akan beri tempat walaupun kadang-kadang pilihan kursus itu tertakluk kepada keupayaan universiti," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil Kementerian Pendidikan Tinggi berkaitan dengan sistem pendidikan prauniversiti? A: Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti yang melibatkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun depan.
  • Q: Bagaimana langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu kontroversi berkaitan peluang kemasukan ke kursus pilihan? A: Kerajaan telah meminta universiti menambah 1,500 tempat baharu dalam kursus popular bagi memastikan keadilan peluang, terutama dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan dan perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan, ekonomi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, komunikasi, pengajian media, sains data, analitik data, serta sains komputer.
  • Q: Apakah jaminan yang diberikan kepada pelajar Tingkatan 6 yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berprestasi tinggi? A: Pelajar Tingkatan 6 yang menduduki STPM dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 diberikan jaminan supaya diberi keutamaan untuk mendapatkan tempat di universiti, walaupun pilihan kursus tertakluk kepada keupayaan universiti.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Tingkatan 6
#matrikulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan