KUALA LUMPUR: Sesi kemasukan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam pada 17 Julai lepas merupakan pengambilan terakhir kendalian Kementerian Pendidikan (KPM) apabila kuasa tersebut diserahkan kepada pengetua sekolah atau pengetua Kolej Tingkatan Enam berkuat kuasa serta-merta.
Ini bermakna, kuasa autonomi yang diberikan kepada pengetua dan pengurusan sekolah membolehkan mereka menguruskan pemilihan pelajar ke Tingkatan Enam sebelum menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Biarpun begitu, ketika ramai yang menyambut baik usaha KPM menjenamakan semula Tingkatan Enam kepada Kolej Pra-Universiti dalam menaik taraf sistem pendidikan, ada pakar pendidikan berpandangan pengetua yang terlibat perlu diberikan pendedahan yang optimum tentang amalan terbaik proses pengambilan pelajar.
Ini bagi memastikan proses tersebut bukan sahaja lancar dan teliti tetapi juga seimbang, saksama serta inklusif. Menerusi pengalaman dan sokongan yang diberikan pelbagai pihak yang berkaitan, pengetua dapat mengenal pasti pelajar yang benar-benar berpotensi sebelum membuat tawaran tersebut.
Mengulas tentang hal itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Ismi Arif Ismail berkata sebelum pengambilan pelajar baharu Tingkatan Enam pada tahun depan, pengetua perlu diberi pendedahan dan latihan mencukupi tentang tanggungjawab baharu mereka.
"Selaras dengan usaha penjenamaan pengurusan semua Tingkatan Enam kepada Kolej Pra-Universiti, memang sudah sampai masanya kuasa dan pemilihan pelajar diberikan kepada pengetua. Ini sebagai persediaan bagi mereka untuk mengambil tanggungjawab mempromosi dan memilih pelajar yang berpotensi untuk mengikuti program prauniversiti sebelum melangkah ke alam universiti.
"Walaupun begitu, saya berpandangan garis panduan sahaja tidak mencukupi kerana pengetua perlu didedahkan kepada proses pengambilan pelajar kerana sebelum ini ia dikendalikan sepenuhnya KPM dan kerana itu mereka perlu diberi latihan," katanya kepada Bernama.
KETIRISAN MAKLUMAT
Beliau berpandangan latihan yang mencukupi kepada pengetua boleh dilakukan dengan menjalinkan kerjasama bersama rakan pengurusan daripada program matrikulasi di KPM dan juga Asasi di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam melengkapkan mereka dengan sistem pengambilan sepertimana di universiti sebelum melaksanakan kuasa autonomi tersebut.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini mengumumkan kementerian memberi kuasa autonomi kepada pengetua Pusat Tingkatan Enam untuk menjalankan proses pengambilan pelajar, berkuat kuasa serta-merta.
Langkah itu katanya bagi membolehkan pengetua membuat tawaran terus kepada pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung pengajian tanpa perlu menunggu tawaran daripada KPM sepertimana tahun-tahun sebelum ini.
Bagi tujuan itu, KPM kini dalam proses menyiapkan garis panduan pengambilan pelajar kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam yang diberikan kuasa autonomi tersebut dan dijangka akan dapat disiapkan pada awal Ogos ini.
Selain itu, pakar juga melihat pelaksanaan kuasa autonomi ini dapat menangani ketirisan maklumat apabila pelajar mendapat maklumat tepat berkaitan kemasukan ke Tingkatan Enam dan juga subjek yang ditawarkan bersesuaian dengan minat, kelayakan dan halu tuju
Menjelaskan mengenainya, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Komuniti-Industri, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Aziah Ismail berkata sebelum ini pelajar lepasan SPM sukar untuk mendapatkan maklumat jelas mengenai subjek yang bersesuaian diambil di Tingkatan Enam untuk digunakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang yang diminati.
"Dengan mandat yang diberikan kepada pengetua dan pasukan mereka di sekolah ataupun Kolej Pra-Universiti, ini dapat menyahpusatkan proses pengambilan yang sebelum ini diuruskan KPM.
"Apabila pengetua mengambil alih, ini memudahkan pelajar mendapat maklumat mengenai pembelajaran di Tingkatan Enam dan dengan cara ini ketirisan maklumat dapat dikurangkan," katanya.
Aziah yang turut terlibat bersama pasukannya dalam memberikan cadangan penubuhan Kolej Tingkatan Enam berkata syarat kemasukan ke Tingkatan Enam juga perlu menepati satu kriteria standard bagi memastikan kualiti pendidikan Tingkatan Enam dapat dipertingkatkan sesuai dengan usaha penjenamaan tersebut.
Hanya pelajar lepasan SPM yang benar-benar layak sahaja ditawarkan menyambung pengajian di Tingkatan Enam, sementara mereka yang tidak layak dijuruskan ke pusat pengajian lain termasuk latihan vokasional, katanya.
Ketika diminta mengulas kebimbangan ibu bapa sekiranya kuasa autonomi itu disalahgunakan, Aziah menegaskan isu ketelusan pengetua dalam pengambilan pelajar ke Tingkatan Enam dapat diatasi dengan garis panduan yang akan disediakan KPM nanti.
"Cadangan yang diberikan selaras Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 bertujuan untuk memberikan pengalaman pra-U (prauniversiti) kepada pelajar yang berada di Tingkatan Enam untuk mendapat pengalaman sama dengan pelajar pra-U yang lain seperti pelajar asasi dan matrikulasi," katanya.
Usaha penjenamaan Tingkatan Enam sudah bermula lebih 10 tahun lalu apabila pada 2012 pentaksiran baharu STPM telah diluluskan dengan tempoh pengajian di Tingkatan Enam selama tiga semester atau satu tahun setengah.
Seterusnya pada 2014, KPM membenarkan pelajar Tingkatan Enam memakai pakaian kasual dengan beberapa syarat ditetapkan, dan pada 12 Julai tahun ini, Kolej Tingkatan Enam kini dikenali sebagai Kolej Pra-Universiti KPM dengan jawatan pengetua akan ditukarkan kepada pengarah.
Penjenamaan semula itu turut menyaksikan perubahan nama jawatan, iaitu guru penolong kanan kepada timbalan pengarah, manakala guru kepada pensyarah dan murid menjadi pelajar.
Ini juga sebagai usaha menarik minat lepasan SPM untuk menyambung pengajian di Tingkatan Enam selain mendedahkan pelajar kepada suasana pembelajaran di IPT.
ATASI KECICIRAN
Dalam pada itu, pemberian kuasa autonomi ini juga dilihat dapat membantu menangani masalah keciciran pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, terutama golongan miskin dan kurang berkemampuan.
Menurut Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, tidak semua pelajar lepasan SPM berjaya menempatkan diri mereka di IPT awam selepas SPM meskipun ada yang memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan itu.
"Inisiatif KPM ini dapat memotivasikan serta menggalakkan pelajar yang layak menyambung pelajaran dan ini secara tidak langsung juga dapat membendung keciciran pelajar," katanya yang turut menambah pengetua juga harus memastikan pengambilan pelajar seimbang daripada pelbagai latar belakang.
Beliau juga mengharapkan dengan adanya kuasa autonomi tersebut, pengetua akan mencari inisiatif atau solusi dalam mengesan pelajar keluarga miskin yang layak untuk memasuki Tingkatan Enam tetapi terhimpit dengan kekangan kewangan.
Bersetuju dengan pandangan tersebut, Ismi Arif berkata langkah itu boleh dilakukan oleh pengetua Kolej Tingkatan Enam dengan mengenal pasti pelajar yang berminat memasuki ke Tingkatan Enam menerusi kerjasama dengan sekolah-sekolah lain.
"Ada kurang berkemampuan, ada juga pelajar memang berminat ke Tingkatan Enam. Jadi, dengan kuasa autonomi yang ada pada pengetua, mereka boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang berminat ke Tingkatan Enam atau tidak berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan lebih awal.
"Langkah ini boleh dilakukan dengan kerjasama yang terjalin antara pengetua Kolej Tingkatan Enam dengan pengetua sekolah menengah lain dalam mengenal pasti pelajar yang boleh dilakukan sebelum peperiksaan SPM atau selepas mendapat keputusan," katanya. - BERNAMA / Nurqalby Mohd Reda
Bernama
Sat Jul 29 2023
Kuasa autonomi yang diberikan kepada pengetua dan pengurusan sekolah membolehkan mereka menguruskan pemilihan pelajar ke Tingkatan Enam sebelum menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. - Gambar fail/Bernama
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
6,034 guru lantikan kontrak ditempatkan di sekolah KPM
Seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.
KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.
KPM cadang perluas sekolah K9, K11 tahun ini
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang meningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun ini.
Sekolah padat: KPM rangka intervensi jangka panjang, pendek - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.