Itu merupakan pandangan pembaca laman portal astroawani.com menerusi satu undian online yang diadakan baru-baru ini.
Undian ini adalah sebahagian daripada kajian mingguan Astro AWANI mengenai beberapa topik untuk Bajet 2014 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.
Minggu lalu, astroawani.com bertanya kepada pembaca mengenai pandangan mereka terhadap perbelanjaan yang paling banyak dihabiskan oleh mereka pada setiap bulan.
Sebanyak 68.29 peratus atau 407 undian menyuarakan bahawa mereka banyak menghabiskan wang untuk pengangkutan seperti petrol, bayaran pinjaman kereta, tambang pengangkutan awam dan tol.
Manakala sebanyak 121 undian atau 20.3 peratus daripada yang mengundi berkata wang bulanan mereka banyak dihabiskan untuk membayar sewa rumah.
Selebihnya banyak menghabiskan wang untuk tujuan perubatan atau makanan tambahan, iaitu sebanyak 68 undian (11.41 peratus).
Dalam topik yang sama, laman portal http://www.1malaysia.com.my/bajet2014 turut memuatnaik suara rakyat berkenaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Tambang pengangkutan awam dan harga barangan boleh dikawal walaupun subsidi petrol dikurangkan, sekiranya polisi 'economic urban planning' diberikan perhatian serius; banyak kajian kes dari negara-negara luar yang telah terbukti memberikan manfaat yang 'cohesive' secara tak langsung juga dari segi sosial, alam sekitar dan kesihatan rakyat. Kurangkan pembinaan lebuhraya dalam bandar dan wujudkan lebih suasana persekitaran urban dalam lingkungan lengkap de kemudahan asas dan rekreasi - Farah Nur
Contohi Belanda. Mereka telah buat transformasi lebih 30 tahun lalu untuk atasi masalah kenaikan harga minyak dengan galakan pengunaan basikal ganti pengangkutan guna bahan bakar petrol atau diesel. Kukuhkan infrastruktur laluan basikal secara berperingkat untuk seluruh negara agar 30 tahun lagi, sekurang-kurangnya 30 peratus rakyat kita boleh bergantung pada basikal untuk keperluan pengangkutan mereka. Usah banyak alasan lagi, mulakan langkah pertama dengan contohilah Belanda - Free Is Bebas
Pertama, dicadangkan kesemua teksi dan bas di bandar utama seperti Lembah Klang, Penang dan Johor Bharu menggunakan NGV. Ini akan mengurangkan tambang dan penggunakan diesel. Kedua, pengurangan kadar tol bagi bas ekspress dan lori yang menggunakan Lebuh raya. Ini bagi mengawal kenaikan harga barang dan tiket bas ekoran kenaikan harga minyak yang tidak dapat dielakkan - Nor Azan Ibrahim
Turunkan tambang teksi. Tambang mahal, tapi perkhidmatan yang diterima tidak setimpal dengan bayaran. Ada pemandu yang tidak menggunakan meter, minta lebih bayaran daripada meter, penghawa dingin tidak berfungsi, pemandu memandu dalam keadaan yang membahayakan, merokok dan sebagainya. Tetapi kami terpaksa naik juga, kerana tiada pilihan lain. Kami sudah terbeban kerana perlu membayar cukai - DolceCapAyam
Datuk Seri Najib, saya ingin mencadangkan supaya lebih banyak jaringan jalan raya di sekitar Sabah dan Sarawak. Tingkatkan kemudahan kepada rakyat seperti jaringan LRT/MRT supaya mereka merasa nikmat kehidupan moden di dalam Malaysia - Amin Farhan