Skip to main content

Malaysia

Tiong Lai lancar manifesto bertanding jawatan Presiden MCA

81367932891_295x200.jpg
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mahu bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti 21 Dis ini berjanji untuk melaksanakan sembilan misi utama bagi melakukan transformasi terhadap parti sekiranya terpilih.

Manifesto beliau yang bertemakan 'Untuk generasi kita akan datang, Lakar laluan baharu' mahu mengukuh kedudukan dan kuasa parti selain meningkat program kepimpinan parti.

Perubahan dalam parti perlu telus dan bertanggungjawab kepada umum, katanya semasa melancarkan manifestonya di ibu pejabat MCA di sini pada Isnin.

Liow turut menyeru bakal perwakilan agar bersatu dan melakukan perubahan.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau yakin para perwakilan  dapat membuat keputusan bijak dengan memilih pemimpin yang sesuai untuk menerajui parti.

Pemilihan bagi jawatan presiden dijangka bakal turut disertai bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat serta Naib Presiden Gan Ping Sieu.

Advertisement

Must Watch Video