awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tipu permohonan tanah, penolong eksekutif kanan syarikat milik kerajaan didenda

Bernama
Bernama
09/03/2023
09:54 MYT
Tipu permohonan tanah, penolong eksekutif kanan syarikat milik kerajaan didenda
Tertuduh, Rosnani Hashim, 55, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan, di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
IPOH: Seorang penolong eksekutif kanan Felcra Berhad didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah memperdayakan Pejabat Tanah dan Daerah Perak Tengah, melibatkan permohonan tanah, dua tahun lepas.
Tertuduh, Rosnani Hashim, 55, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan, di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
Beliau juga berdepan hukuman sebulan penjara, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Rosnani didakwa dengan curang telah mendorong seorang Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah untuk mempercayai bahawa seorang wanita lain, telah membuat permohonan tanah pada 24 April 2019.
Permohonan berkenaan untuk tanah pertanian bagi tanaman kelapa sawit di Mukim Bota, tempat Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) Suak Sodang, sedangkan tertuduh mengetahui ia adalah tidak benar.
Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan tertuduh di Parkir Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar Perak kira-kira 11.20 pagi pada 2 Sept 2021.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah berjumlah RM6,000 dilucut hak di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kepada kerajaan.
Tertuduh kemudiannya membayar denda berkenaan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Eksekutif Kanan
#permohonan tanah
#mahkamah
#pejabat tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan