awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Agong beri mesej jelas penerima darjah kebesaran tidak kebal undang-undang

Bernama
Bernama
07/09/2024
10:02 MYT
Titah Agong beri mesej jelas penerima darjah kebesaran tidak kebal undang-undang
Sultan Ibrahim bertitah sekiranya ada penerima yang mencemarkan nama negara atau melakukan jenayah dan telah dihukum oleh mahkamah, maka segala kurniaan itu akan ditarik balik. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Amaran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang akan menarik balik Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada penerima terlibat dengan jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum mahkamah, adalah mesej jelas bahawa mereka tidak kebal daripada undang-undang.

Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi amaran bahawa darjah kebesaran, bintang, dan pingat akan ditarik balik jika penerima terlibat dalam jenayah atau mencemarkan nama negara.
  • Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyokong titah tersebut, menekankan bahawa pengiktirafan tersebut tidak bermakna penerima kebal dari undang-undang, terutama berkaitan dengan jenayah dan rasuah.
  • Sultan Ibrahim bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Rasmi, menegaskan bahawa penerima mesti menjaga nama baik dan elakkan jenayah.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menjunjung kasih atas titah Sultan Ibrahim itu berkata ingatan berkenaan menunjukkan Seri Paduka Baginda mahu mereka yang menerima kurniaan tersebut supaya sentiasa menjaga peribadi dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah terutama rasuah.
"Titah Tuanku memberikan satu pedoman kepada kita bahawa mereka yang telah menabur bakti kepada kerajaan serta masyarakat secara amnya wajar diraikan dan diiktiraf, tetapi pada masa sama, pengiktirafan itu tidak bermaksud mereka kebal undang-undang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Hari-Hari Bola 'Piala MADANI' Lembah Pantai di Universiti Malaya, di sini hari ini.
Terdahulu pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah sekiranya ada penerima yang mencemarkan nama negara atau melakukan jenayah dan telah dihukum oleh mahkamah, maka segala kurniaan itu akan ditarik balik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#tarik balik darjah kebesaran
#aktiviti jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan