Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah mengingatkan graduan supaya sentiasa menitikberatkan integriti dan kepimpinan berintegriti ketika melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Titah baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM), memiliki integriti yang tinggi adalah sebahagian daripada sifat ilmuwan selain aspek melahirkan insan berilmu amat penting dijadikan gagasan universiti.
Titah baginda, Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi menjelang tahun 2020.
"Perlu difahami perbezaan antara insan berpelajaran dengan insan berpendidikan dan antara insan berpengetahuan dengan insan berilmu.
"Insan berpelajaran mungkin menguasai pelbagai pengetahuan tetapi tidak merasa bersalah memanipulasikan pengetahuan untuk kepentingan diri, meski mengakibatkan kesengsaraan kepada insan lain dan kehidupan alam; sementara insan berpendidikan adalah insan berilmu yang dilengkapi komponen roh, lalu menyedari akan etika dan batas yang wajib dihormati.
"Integriti bersumberkan kekuatan dalaman; kekuatan yang bersumberkan keimanan; kekuatan dalaman yang menuntut kepada kesanggupan menghadapi risiko dan kesanggupan melakukan pengorbanan," titah baginda semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali ke 57 di sini hari ini.
Istiadat Konvokesyen kali ini sekali lagi memasyhurkan Tan Sri Siti Norma Yaakob, sebagai Pro Canselor untuk tempoh lima tahun.
Ranking dunia Universiti Malaya kini berjaya dilonjakkan, dari tangga 133 pada tahun 2016 ke tangga 114 di dalam QS World University Rankings 2017.
Titah baginda, reputasi universiti akan berada di tahap tinggi, jika berjaya mendidik, mengasuh, membimbing dan menghasilkan graduan yang berintegriti.
"Universiti Malaya wajib berada di barisan hadapan menjaguh agenda integriti.
"Sebagai pusat perkembangan ilmu dan tamadun yang bertanggungjawab melahirkan cerdik pandai, Universiti Malaya mempunyai tanggungjawab besar untuk menyemai nilai integriti dalam usaha melahirkan graduan terbaik.
"Universiti Malaya telah memasukkan di dalam kurikulum, elemen-elemen untuk membentuk graduan yang memiliki daya kepimpinan berwibawa, graduan yang mempraktikkan budaya kerja cemerlang, graduan yang mempunyai jati diri tinggi serta graduan yang menghayati agama secara mendalam," titah baginda.
Titah baginda, para graduan harus bersedia menghadapi realiti dunia yang kian mencabar, bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketersediaan fizikal.
"Ia untuk memenuhi keperluan pasaran kerja, malahan graduan wajib melengkapkan diri dengan akhlak dan budi yang menjadi teras pembinaan roh.
"Integrasi antara akal dan jiwa perlu selari, dibina secara bersama, kerana tidak mungkin modal insan yang cemerlang, tinggi inteleknya, mantap spiritualnya, dapat dilahirkan, jika salah satu elemen ini dipinggirkan," titah baginda.
Konvokesyen ke-57 Universiti Malaya akan mengurniakan ijazah kepada 4,868 graduan; 646 akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 1,795 Ijazah Sarjana dan 2,427 Ijazah Sarjana Muda.
Konvokesyen kali ini turut mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Tan Sri Dr Lee Shin Cheng, dan Ijazah Kehormat Doktor Kemanusiaan kepada Dr Anthony Crothers Milner, serta gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr Zainal Kling dan Dr Lin Hai Peng.
Pada majlis sama Sultan Nazrin turut berkenan menyempurnakan pelancaran buku Kompilasi Titah Istiadat Konvokesyen Canselor Ketiga Universiti Malaya.
Wan Syamsul Amly
Sat Oct 21 2017
SULTAN NAZRIN: Perlu difahami perbezaan antara insan berpelajaran dengan insan berpendidikan dan antara insan berpengetahuan dengan insan berilmu. - Foto BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.
Malaysia perkukuh usaha keselamatan siber serantau semasa pengerusian ASEAN - Gobind
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber.
Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.
Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.
Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus
Libat urus berterusan dengan pihak industri dapat memberi peluang pekerjaan cerah kepada penuntut universiti.
Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah
Titah Tuanku Pro-Canselor, dunia kini telah berubah dengan cepat dan banyak industri baharu yang muncul saban hari.