awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titip rindu buat ayah, warganet ucapkan Selamat Hari Bapa!

Eton Khir
Eton Khir
20/06/2021
06:14 MYT
Titip rindu buat ayah, warganet ucapkan Selamat Hari Bapa!
Bersempena Hari bapa ini, marilah bersama kita memperingati dan menghargai jasa bapa kita. Ini kerana kasih sayang seorang bapa itu, beliau sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. - Gambar hiasan/FREEPIK
KUALA LUMPUR: Besar sungguh pengorbanan seorang bapa, bak kata pepatah "kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa". Itulah antara bait mutiara kata yang sering dituturkan dari zaman ke zaman.
Sebagai seorang anak, yang menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa, pastinya mereka tahu bilakah sambutan tarikh Hari Bapa yang sudah menjadi adat resam oleh masyarakat dunia termasuk Malaysia untuk menyambut Hari Bapa.
Bersempena Hari bapa hari ini, marilah bersama kita memperingati dan menghargai jasa bapa kita. Ini kerana kasih sayang seorang bapa itu, beliau sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.
Itu antara perkongsian menarik di laman media sosial mengenai sambutan Hari Bapa walaupun kita sedang dalam memerangi wabak COVID-19.
Buat pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad beliau berkongsikan di laman sosial Instagram miliknya detik beliau sepanjang bergelar bapa kepada si jantung hati, Khalifah Fahrel.
View this post on Instagram
A post shared by Fahrin Ahmad - Official (@fahrinahmad_fa)
Manakala, sambutan Hari Bapa disambut dengan cara unik bagi pengguna laman sosial, Suriesufiesyabrie. Beliau menyediakan roti jala bertemakan 'Superman'. Kaedah ini dilihat unik tidak sama dengan orang lain yang biasanya menyediakan kek sebagai tanda sambutan Hari Bapa.
View this post on Instagram
A post shared by Syabrie Ghazali (@suriesufiesyabrie)
Bagi pereka fesyen Malaysia Hatta Dolmat, beliau berkongsikan foto kedua ibu bapanya dan menceritakan pengalaman beliau ketika memilih pengkhususan universiti dan disokong oleh ayahnya walaupun ibunya membantah pilihan beliau untuk memilih seni reka fesyen sebagai kerjaya.
Beliau berazam untuk mengangkat nama bapanya dalam jenama perniagaannya kerana ianya adalah salah satu rahmat rezeki untuknya.
View this post on Instagram
A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_)
Sementara, bagi pengguna laman sosial Instagram, Farezah.ar pula, beliau berkongsi video bapanya yang ketika sedang menjalani rawatan di hospital ditemani ibu dan dirinya.
View this post on Instagram
A post shared by @farezah.ar
Selamat Hari Bapa kepada semua bapa yang hebat di luar sana. Jasa dan pengorbananmu tiada tandingannya. Kasih sayangmu akan sentiasa tersemat di hati.
Topic Berkaitan
#Instagram
#video
#laman sosial
#Malaysia
#COVID-19
#Selamat Hari Bapa
#Happy Father's Day
#pengorbanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan