KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan melancarkan dokumen Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 (Platform) semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata dokumen penjajaran berkenaan amat penting bagi TLDM mengorak langkah untuk menjadi sebuah ketumbukan yang ampuh dan dinamik setaraf dengan angkatan laut negara asing yang lebih moden.
"Saya percaya, sekiranya pelan ini dilaksanakan seperti mana telah direncanakan, TLDM pasti mempunyai keupayaan diperlukannya kelak," katanya ketika menyampaikan perutusan PTL sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, hari ini.
Beliau berkata perubahan ketara juga akan dapat dilihat terutamanya menerusi perolehan aset baharu seperti Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS), kapal misi pesisir (LMSB2) dan kapal sokongan pelbagai guna (MRSS) yang sekian lama tertangguh.
"Perolehan aset ini sudah tentunya akan memperkukuh dan memperkasakan lagi barisan hadapan pertahanan negara," katanya.
Abdul Rahman berkata bagi meningkatkan keberkesanan organisasi dan mewujudkan saluran pemerintahan yang lebih efisyen dan relevan, TLDM akan menyusun semula saluran pemerintahan beberapa markas, merombak beberapa unit dan menubuhkan unit baharu melalui Penstrukturan Semula Organisasi TLDM 2024 atau dikenali Re-org 24.
"Antaranya penubuhan Pusat Peperangan dan Doktrin TLDM atau PUSPED TLDM bagi memperkasakan aspek peperangan dan doktrin di dalam TLDM.
"Di samping itu, hasil Re-org 24 yang dijalankan juga akan menyaksikan pelaksanaan pemurnian kepada perjawatan anggota Lain-lain Pangkat (LLP), melibatkan keseluruhan sebanyak 473 perjawatan dengan sebanyak 130 daripada perjawatan pelbagai kepakaran akan dinaikkan gred," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata landskap pertahanan yang telah berubah dan semakin mencabar ketika ini menuntut agar pertahanan negara turut diperlengkapkan sewajarnya.
Beliau berkata TLDM kini berhadapan dengan cabaran keusangan aset dan keupayaan tempur armada semakin terhakis akibat usia aset yang meningkat.
"Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia amat memerlukan angkatan laut yang berkeupayaan bagi melindungi kedaulatan wilayah dan kepentingan maritimnya," katanya.
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan tragedi menyayat hati membabitkan dua buah helikopter TLDM, iaitu Helikopter Operasi Maritim AW 139 dan Fennec di Pangkalan TLDM Lumut pada 23 April lepas yang mengorbankan 10 nyawa.
Beliau berkata tragedi ini ternyata memberi kesan sangat mendalam dan merupakan satu kehilangan besar buat TLDM khasnya, dan negara amnya.
"Saya yakin dan percaya, dengan tahap kompetensi dan pengalaman luas, para juruterbang kedua-dua pesawat ini pastinya telah berusaha sebaik mungkin untuk mengelak dari berlakunya mala petaka sebegini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Abdul Rahman berkata landskap pertahanan yang telah berubah dan semakin mencabar ketika ini menuntut agar pertahanan negara turut diperlengkapkan sewajarnya. - Gambar fail/Bernama
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Pendedahan awal literasi digital lahirkan pengguna media sosial bertanggungjawab
Ia bagi melahirkan pengguna media sosial yang bertanggungjawab.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS - Khaled Nordin
Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS).
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Turkiye Jun ini
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan melakukan lawatan rasmi ke Turkiye pada Jun ini bagi meningkatkan lagi kerjasama strategik dari segi pertahanan antara kedua-dua negara.
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.