awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ titah agensi, pejabat daerah siap saga susulan ramalan banjir

Bernama
Bernama
30/12/2021
10:33 MYT
TMJ titah agensi, pejabat daerah siap saga susulan ramalan banjir
Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa memantau situasi di Johor dan akan memastikan segala bantuan dihulurkan kepada rakyat yang terjejas. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kesemua agensi berkaitan dan pejabat daerah di negeri ini diarahkan untuk bersiap siaga serta bertindak pantas dalam usaha penambatan banjir susulan laporan ramalan awal banjir yang dijangka berlaku pada 1 Jan ini.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa memantau situasi di Johor dan akan memastikan segala bantuan dihulurkan kepada rakyat yang terjejas.
"Johor dijangka akan menghadapi banjir mulai 1 Jan.
"Saya telah mengarahkan pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi berkaitan serta Southern Volunteers (SV) untuk bersiap sedia dalam usaha penambatan banjir dan juga menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir," titah Tunku Ismail menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter rasmi baginda hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri kekal, Melaka catat penurunan
Tunku Ismail bertitah, SV digerakkan untuk membantu pejabat daerah dan agensi berkaitan dalam memastikan tiada mangsa banjir yang ketinggalan mendapatkan bantuan.
"Saya doakan Allah memberkati dan melindungi kita semua dalam menghadapi banjir. Allah Peliharakan Sultan," titah baginda.
Semalam, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini manakala di Pahang dan Johor mulai 1 Jan.
PRABN di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan itu berikutan amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.
Ramalan awal banjir di Johor mulai 1 Jan melibatkan kawasan berisiko banjir di sekitar Sungai Mersing, Sungai Endau, Sungai Johor, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#ramalan banjir
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan