MELAKA: Pengayuh beca di negeri ini diminta mengubah pemasangan lagu kepada muzik tradisional atau dondang sayang dalam memperkenalkan seni budaya kepada pelancong terutama yang datang dari luar negara.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata penerapan elemen budaya itu penting dalam memperkenalkan Melaka sebagai negeri yang kaya dengan warisan dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
"Mereka (pengayuh beca) ini sebagai duta kecil atau petugas barisan hadapan yang penting dalam menyambut tetamu datang ke negeri ini, jadi kita tidak mahu mereka memasang muzik yang terlalu kuat atau rancak sepanjang masa sehingga mengganggu dan mengundang ketidakselesaan penumpang.
"Kita juga ada menerima aduan mengenai perkara ini, justeru kita melihat pemilihan lagu kepada elemen tradisional ketika TMM2024 itu juga lebih sesuai dan ini antara syarat yang akan ditetapkan untuk membolehkan mereka mendapat lesen atau permit beca," katanya kepada pemberita di Jalan Kota, Banda Hilir di sini hari ini.
Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Penyampaian Amanat Sempena TMM2024 dan Program Pembaharuan Lesen Beca Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) 2024 yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Zaidi Attan dan Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri juga akan membiayai permit beca bagi tahun depan kepada lebih 370 pengayuh beca di negeri ini dan meminta semua pengayuh beca untuk mendaftar.
Dalam pada itu, Abdul Razak juga mengingatkan persatuan beca di negeri ini supaya mengenakan kadar bayaran kepada penumpang mengikut harga yang telah diselaraskan iaitu RM40 bagi satu jam perkhidmatan.
"Kita dapat lihat segelintir pengayuh beca mengenakan bayaran berbeza dengan harga tinggi kerana mereka merasakan sesetengah pelancong itu boleh diambil kesempatan.
"Kita tidak mahu perkara ini memberi imej yang tidak baik kepada pelancongan negeri. Jika mereka mahu selaraskan untuk kadar masa yang kurang sejam sebagai contoh RM25, semua pengayuh beca perlu mengenakan harga sama bukannya berbeza-beza," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Penerapan elemen budaya itu penting dalam memperkenalkan Melaka sebagai negeri yang kaya dengan warisan dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). - Gambar fail

'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.

'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Penjawat awam Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji yang akan dibayar penuh pada 20 Dis ini.

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.

Kes pengubahan wang haram, rasuah Wan Saiful dibicarakan bersama
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pengubahan wang haram dan rasuah berhubung projek Jana Wibawa yang dihadapi Wan Saiful dibicarakan bersama.

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.

Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - MATA
Keputusan itu akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menguntungkan bagi pelawat dari China, India, Jordan dan Turki.

Kemasukan percuma visa 30 hari selari pelan pelancongan Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, setakat ini Sabah telah pun mencapai 85.6 peratus daripada sasaran itu.

Pelajar Jepun ambil iktibar kisah Pertempuran Kampar, lihat tinggalan perang
Pelancongan berasaskan sejarah dapat mendedahkan kepada rakyat Jepun cerita sebenar, kerana penceritaan di negara mereka mungkin berbeza.

China laksana dasar pengecualian visa untuk enam negara termasuk Malaysia
China melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia dan lima negara lain mulai 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.

MOTAC tidak pernah ketepikan Langkawi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak pernah mengetepikan Langkawi dalam mempromosikan produk pelancongan pulau itu.

TMM2024: Pengayuh beca diminta pasang muzik tradisional, Dondang Sayang
Penerapan elemen budaya itu penting dalam memperkenalkan Melaka sebagai negeri yang kaya dengan warisan dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

MOTAC terus laksana tanggungjawab promosikan Langkawi
Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan penting kepada negara.

Malaysia, Thailand hasrat kukuh kerjasama dalam pelancongan, pertanian
Malaysia dan Thailand berminat untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pelancongan dan pertanian dengan memanfaatkan potensi kedua-dua sektor terbabit.

Usaha berterusan bagi memulihara khazanah marin Pulau Sembilan
Saarani berkata, sekiranya tidak dijaga dan dipulihara, kekayaan biodiversiti marin di Pulau Sembilan akan mengalami kemerosotan.

Royal Belum: Dari 'kawasan hitam' kini permata berharga negeri Perak
Hutan belantara bersejarah ini menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang menjadikannya istimewa di mata dunia.