awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TN50 bukan mustahil, perlu ubah pemikiran - Ahmad Razif

Bernama
Bernama
28/02/2017
02:08 MYT
TN50 bukan mustahil, perlu ubah pemikiran - Ahmad Razif
Ahmad Razif berkata usaha berterusan juga perlu dilakukan dan golongan berkenaan harus bersedia menempuh sebarang cabaran yang mendatang. - Gambar fail
Transformasi Nasional 2050 (TN50) bukan sesuatu yang mustahil jika generasi muda mengubah cara pemikiran dan terus menanam impian, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau berkata usaha berterusan juga perlu dilakukan dan golongan berkenaan harus bersedia menempuh sebarang cabaran yang mendatang.
"Kita perlu bersedia dan mesti mencabar kelaziman serta berfikir di luar kotak. Di Terengganu, usaha kerajaan negeri sentiasa ada untuk usaha tersebut dengan menyediakan pelbagai bantuan sejak daripada peringkat awal.
"Jika idea anak muda boleh dicantum dan dilaksanakan, ia tentunya membawa faedah yang menakjubkan pada masa hadapan sama ada dalam pendidikan mahupun perkara lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi Dialog TN50, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, malam tadi.
TN50 yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
Ia mula diperkenalkan pada Jan lalu dan sesi jelajah TN50 telah bermula di Sabah, dan Terengganu menjadi negeri kedua yang dipilih bagi program berkenaan.
Seramai 3,000 orang terdiri daripada pelajar hadir pada majlis tersebut dan kira-kira 30 orang tampil memberi pandangan dan aspirasi menjelang TN50.
Antara idea yang diketengahkan termasuk keinginan melihat Malaysia menjadi pengeluar produk makanan dan tidak bergantung kepada negara luar, memperkasakan peranan guru serta mewujudkan satu aliran sekolah sahaja.
Terdahulu, Ahmad Razif mengetengahkan impian TN50 yang ingin dicapainya dengan mempunyai ramai anak negeri yang hebat dalam bidang agama dan mampu mengubah landskap ekonomi sedia ada.
"Impian kami untuk melahirkan ramai seperti Sulaiman Embong...anak yatim yang miskin tetapi mencipta pelbagai keajaiban dalam pelajaran, hafaz al-Quran dan akhirnya mempunyai syarikat hebat yang menyumbang kepada ekonomi negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abd Rahman
#Khairy Jamaluddin
#TN50
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan