awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB nasihat orang ramai waspada tawaran kerja mencurigakan

Bernama
Bernama
11/05/2016
05:29 MYT
TNB nasihat orang ramai waspada tawaran kerja mencurigakan
TNB tidak sama sekali meminta atau menerima sebarang pembayaran daripada pemohon kerana proses permohonan jawatan di syarikat berkenaan tidak membabitkan sebarang bayaran. - Gambar hiasan
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa melalui proses pengambilan warga kerja yang diamalkan oleh syarikat itu.
TNB dalam satu kenyataan hari Rabu berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan mengenai tawaran kerja oleh individu yang menyamar sebagai warga kerja di syarikat bekalan elektrik terbesar di Malaysia itu.
Lebih membimbangkan individu yang menyamar itu turut meminta sejumlah wang sebagai ganjaran kerja selain memajukan surat tawaran kerja palsu.
Menurut kenyataan itu, pengambilan warga kerja oleh syarikat berkenaan akan dibuat menerusi iklan termasuklah di laman web www.tnb.com.my atau terus ke pautan https://emadis.tnb.com.my serta portal JobStreet.com dan bukannya melalui individu tertentu.
Malah TNB juga tidak sama sekali meminta atau menerima sebarang pembayaran daripada pemohon kerana proses permohonan jawatan di syarikat berkenaan tidak membabitkan sebarang bayaran.
Justeru mana-mana pihak yang menerima tawaran kerja mencurigakan dinasihatkan untuk berhubung terus dengan TNB di talian 03-2296 6537 atau 03-2296 6818.
Topic Berkaitan
#laporan polis
#pengambilan kerja
#tawaran kerja mencurigakan
#Tenaga Nasional Berhad
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan