KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengorak langkah penting dalam komitmennya memacu tenaga boleh baharu (TBB) berskala besar dan inisiatif teknologi bersih, dengan menerajui tiga projek utama yang digariskan oleh Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
Pada taklimat terbaharu kepada penganalisis mengenai keputusan kewangan suku kedua, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Indera Baharin Din mengumumkan fungsi syarikat utiliti itu sebagai peneraju projek Taman Solar Berskala Besar (LSSP), Hibrid Solar Terapung Hidro (HHFS), serta pembakaran bersama hidrogen dan ammonia, yang kesemuanya penting untuk memajukan agenda hijau negara sambil memupuk pertumbuhan ekonomi.
Beliau turut mendedahkan rancangan TNB untuk menjana 3,000 megawatts (MW) TBB menjelang 2040 dalam lingkungan projek utama NETR, termasuk memanfaatkan 2,500MW melalui teknologi inovatif HHFS di samping 500MW tambahan daripada lima LSSP berbeza, masing-masing mempunyai kapasiti 100MW.
"Pelan Peralihan Tenaga TNB sejajar dengan NETR, menekankan pada tiga bidang utama: mempercepatkan penyahkarbonan, membangunkan grid rentas sempadan yang fleksibel dan memperkasakan elektrifikasi dan prosumer rentas sektor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pembakaran bersama hidrogen dan ammonia
TNB berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 8.3 gigawatt (GW) TBB menjelang 2025.
Menurut Baharin, sehingga Jun 2023, TNB telah mencapai 48 peratus daripada jumlah kapasiti sasarannya.
"Ini terrmasuk projek NETR Bahagian 1, kami menjangkakan penambahan satu lagi TBB domestik berkapasiti 1,200MW menjelang 2025. Kami penuh yakin bahawa TBB domestik akan memainkan peranan penting dalam portfolio kami, selari dengan objektif negara mencapai 70 peratus kapasiti TBB terpasang menjelang 2050," jelasnya.
TNB kini sedang giat memupuk perkongsian dengan rakan serantau untuk menyokong realisasi Grid Tenaga ASEAN (APG) dan telah memeterai 10 memorandum persefahaman dan surat niat.
"Ini menandakan komitmen kami untuk memajukan pembangunan infrastruktur salinghubung dan pelaburan tenaga boleh baharu," tambah Baharin.
Taman Solar Berskala Besar (LSSP)
Sementara itu, Baharin berkata Bahagian Tenaga Baharu (NED) TNB sedang menyokong Program Tenaga Hijau Korporat yang ditetapkan untuk menjana 90MW apabila mula beroperasi pada 2025.
Program ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian tenaga mampan melalui LSSP, melengkapi projek sedia ada di Sepang, Selangor (50MW), dan Bukit Selambau (30MW) serta Bukit Selambau 2 (50MW), Kedah yang dijangkakan beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini.
Hibrid Solar Terapung Hidro (HHFS)
Projek HHFS akan dilaksanakan dalam empat fasa mulai 2023 hingga 2040 dan ditempatkan secara strategik di empangan hidro TNB, kata Baharin.
"TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) akan mengetuai pemasangan berkapasiti 230MW di loji hidro Temenggor dan Chenderoh sebagai sebahagian daripada pelan projek 2.5GW. Projek ini dijangka siap menjelang 2025," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023
Indera Baharin mendedahkan rancangan TNB untuk menjana 3,000 megawatts (MW) TBB menjelang 2040 dalam lingkungan projek utama NETR.- Gambar fail/Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Alor Setar, Sik
TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang, Kuala Terengganu
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.
TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.
Banjir: 11 pencawang elektrik di Kelantan dihentikan bekalan elektrik
Sebanyak 11 pencawang elektrik dihentikan bekalan elektrik setakat malam ini ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah.