SEJAK kebelakangan ini mungkin kita dapat saksikan ramai pengguna media sosial yang memuat naik feed tentang rungutan mengenai bil bulanan yang melambung tinggi direkodkan daripada penggunaan tenaga elektrik mereka.
Malah, rata-rata mengaitkan kenaikan bil elektrik tersebut mungkin disebabkan semakan terbaharu tarif elektrik oleh Tenaga Malaysia Bhd. (TNB) selain masih ramai keliru dengan kadar pengiraan tarif dalam bil elektrik mereka.
Namun, adakah kita sedar bahawa terdapat beberapa faktor pemboleh ubah yang mempengaruhi perkara tersebut termasuk peningkatan jumlah penggunaan tenaga elektrik oleh pengguna secara total?
Ketua Pegawai Retail TNB, Kamal Arifin A. Rahman ketika temu bual bersama Astro AWANI dalam program AWANI Pagi berkata, syarikat tersebut merekodkan jumlah kehendak maksima (MD) atau permintaan maksima bekalan tenaga elektrik pada kadar tertinggi iaitu 19,716 megawatt (MW) pada 11 Mei lalu.
Menurut beliau, kenaikan bil elektrik pengguna sejak beberapa bulan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuk keadaan cuaca kering dan gelombang panas sejak April yang dialami negara yang turut dijangka akan berterusan sehingga awal tahun depan.
“Ini menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik terutamanya penyaman udara dan kipas. Cuaca yang lebih panas (heatwave) menyebabkan sistem penyejukan bekerja lebih kuat dan penggunaan tenaga melambung naik.
“Musim perayaan dan cuti sekolah pada April dan Mei lalu turut menyumbang kepada peningkatan bil elektik yang tinggi. Aktiviti seperti memasak, membakar kuih-muih dan menerima tetamu juga meningkatkan penggunaan peralatan elektrik sehingga menyebabkan penggunaan tenaga meningkat,” katanya pada Sabtu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini mengeluarkan laporan bahawa fenomena El Nino dijangka meningkat pada penghujung tahun ini hingga awal tahun depan dengan kebarangkalian melebihi 90 peratus.
Jadual tarif elektrik tidak berubah dan ICPT
Menerangkan perkata tersebut, tahukah anda bahawa jadual tarif elektrik untuk pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) adalah masih kekal sama dan terpakai sejak tahun 2014?
Tarif elektrik terbahagi kepada dua komponen dan ia dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST):
1. Tarif asas dan tiada perubahan pada tarif pengguna sejak tahun 2014.
2. Imbalance Cost Past-Through (ICPT).
ICPT
- Ia dipengaruhi oleh perubahan kos bahan api dan disemak setiap enam bulan.
- Ia berdasarkan kepada kenaikan atau penurunan harga bahan api dan diselaraskan melalui rebat atau surcaj di dalam bil elektrik.
- Jika bahan api turun di bawah paras diperuntukkan, rebat ICPT akan diberikan kepada pengguna. Jika sebaliknya, surcaj ICPT akan dikenakan kepada pengguna.
Menurut Kamal Arifin, berdasarkan pengumuman kerajaan bagi pelaksanaan ICPT semasa dari tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember ini, 99% pelanggan kediaman tidak terjejas dan akan terus menerima rebat ICPT sebanyak 2 sen/kWj.
“Bagaimanapun, isi rumah yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 1,500kWj sebulan (bersamaan bil bulanan RM708 atau lebih), mereka akan dikenakan surcaj ICPT 10 sen/kWj.
“Kadar tarif berperingkat digunakan ini adalah sama dengan pelaksanaan cukai pendapatan, yang mana jumlah pendapatan yang tinggi dikenakan kadar cukai pendapatan lebih tinggi.
“Ini bermakna, apabila penggunaan tenaga bulanan melebihi satu blok tarif, ia akan jatuh ke blok tarif seterusnya dengan kadar yang lebih tinggi. Oleh demikian, kami menggalakkan pelanggan kediaman menggunakan elektrik secara berhemah dan bijak bagi mengelakkan daripada mereka beralih ke blok tarif yang lebih tinggi,” ujarnya.
Saranan penjimatan tenaga
Selain amalan jimat tenaga, TNB melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn. Bhd. menawarkan pakej pemasangan solar mampu milik dan mudah akses. Ia turut memberi kemudahan kepada pelanggan menerusi:
1. Tawaran tanpa pendahuluan
2. Pelan bayaran ansuran tanpa faedah sehingga tiga tahun
3. Penyelenggaraan sistem solar secara percuma selama dua tahun
4. Insurans solar secara percuma selama setahun
TNB turut menasihatkan agar pengguna untuk memilih peralatan elektrik berlabel cekap tenaga empat atau lima bintang oleh ST, yang mana teknologi digunakannya dapat menjimatkan penggunaan tenaga.
Orang ramai juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi myTNB agar dapat memantau penggunaan tenaga elektrik mereka, menyemak bil dengan mudah dan membuat pembayaran bil. Malah para pengguna yang mempunyai meter pintar turut boleh memanfaatkan ciri memantau penggunaan tenaga elektrik harian dan menggunakan ciri Energy Budget untuk menetapkan had belanjawan (RM) pada bil elektrik bulanan.
Hubungi TNB CareLine di talian 1300-88-5454 atau Facebook TNB Careline bagi sebarang pertanyaan tentang akaun dan bil anda.
Dalam pada itu, Malaysia Energy Literacy Program (MELP) dilancarkan pada 1 Mac lalu yang mana ia merupakan program kolaborasi TNB bersama kerajaan bagi mendidik masyarakat supaya memahami kepentingan dan peranan dalam menguruskan tenaga.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Haikal Raman
Thu Aug 10 2023
TNB melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn. Bhd. menawarkan pakej pemasangan solar mampu milik dan mudah akses kepada para pelanggan.
Kerajaan Negeri diharap segera pemakaian Akta Perhutanan Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berharap semua kerajaan negeri akan menyegerakan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.
Dua ahli politik Melaka antara yang pernah disekat ke luar negara
Dua ahli politik Melaka antara 10 individu yang disekat ke luar negara selepas gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah mencecah puluhan ribu ringgit.
Bar alamat Google Chrome bakal jadi lebih pintar
Ini bermakna, Chrome turut boleh mencadangkan laman web yang tepat, membetulkan ejaan alamat web yang salah ditaip oleh pengguna dan banyak lagi.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri
Pemantauan ditingkatkan menjelang hari raya dengan kebiasaannya tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal.
IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik
Seorang pengguna, Syedewa, berkata kiosk perniagaannya yang terletak di dalam pusat membeli belah itu terpaksa ditutup.
Ahli Dewan Negara cadang TNB beri rebat bil elektrik susulan fenomena cuaca panas
Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
TNB cipta sejarah rangkul gelaran 'treble' buat julung kali
TNB melengkapkan musim 2024 dengan bergaya apabila memenangi kejuaraan ketiga selepas menewaskan juara bertahan THT 4-2.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Megat Jalaluddin mulakan tugas sebagai Presiden dan CEO TNB
Megat Jalaluddin yang sebelum ini memegang jawatan COO TNB, menggantikan Baharin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 29 Feb 2024.
TNB sasar ganti 30 peratus kenderaan dengan EV menjelang 2030
TNB komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada EV.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.