awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB siasat insiden tiga beradik maut kena renjatan elektrik

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2022
10:16 MYT
TNB siasat insiden tiga beradik maut kena renjatan elektrik
TNB berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Tenaga dan polis.
PUTRAJAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan siasatan insiden tiga beradik maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam bencana banjir di Kelantan.
Menerusi kenyataan pada Isnin, TNB berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Tenaga dan polis.
Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video kejadian tersebut dan membuat spekulasi.
Sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan di samping menghormati perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa.
TNB turut mengulangi peringatan kepada orang ramai agar tidak menghampiri atau menyentuh pepasangan elektrik yang ditenggelami banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.
"TNB akan memastikan keselamatan orang ramai sentiasa diutamakan, termasuk dengan memutuskan sementara bekalan elektrik ke kawasan yang ditenggelami air banjir atas faktor keselamatan," katanya syarikat itu.
BACA: Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik
Penyambungan semula bekalan akan dibuat dengan kadar segera sebaik ia selamat dilakukan.
Sebelum ini media melaporkan tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan.
Ketiga-tiga gadis tersebut ditemui dalam keadaan terapung dan meninggal dunia. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tiga beradik maut
#renjatan elektrik
#TNB
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan