SEREMBAN: Seorang lelaki disyaki tokan dadah menjalankan pengedaran dadah di kawasan Felda Palong, ditahan di tepi jalan besar Felda Palong 6, Gemas, Jempol, semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata, hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jempol, penganggur berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira 6.15 petang.
"Hasil penahanan itu polis merampas dua bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan disyaki dadah jenis heroin seberat 205 gram bernilai RM7,200. Rampasan dadah itu dipercayai untuk pasaran di kawasan Felda Palong," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata polis menyita sebuah kereta jenis Honda Accord digunakan lelaki berkenaan yang kemudiannya didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan

12 maut dalam runtuhan lombong emas
Kejadian berlaku selepas hujan lebat dan sehingga kini beberapa pelombong masih terperangkap di dalamnya.

Filem arahan Syamsul, Syafiq ada ramuan unik - Jurey Latiff
Aura dan kehebatan Yusof Haslam sampai kepada anak-anaknya sehingga dapat menghasilkan filem yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Nahas kereta api; Punca, siapa bertanggungjawab dikenal pasti
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.

Benzema ambil keputusan bakal tinggalkan Real Madrid
Nama Benzema dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Polis Thailand gagalkan cubaan seludup dadah ke Malaysia
Polis Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup 250 kilogram dadah jenis kristal methamphetamine di Tak Bai, Narathiwat.

Polis Shah Alam cekup dua geng curi motosikal
Kesemua yang ditahan didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk jenayah curi motosikal dan dadah, selain ada di antara mereka yang baru dibebaskan daripada penjara.

Warga emas maut akibat dilanggar pemandu 4WD positif dadah
Seorang warga emas maut akibat dirempuh dan diseret sejauh 7.3 meter oleh sebuah kenderaaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu lelaki positif dadah di Jalan Kampung Jeram Tekoh, semalam.

Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini
Mahkamah Tinggi memaklumkan nasib bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah yang didakwa mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu bakal ke tali gantung atau sebaliknya bakal diketahui 17 Julai ini.

Dadah bernilai AS$9.2 juta dirampas di Sydney
NSW Australia merampas kira-kira 12 kilogram (kg) heroin dan 16 kg MDMA di Sydney.

Pemangku Raja Perlis lancar jenama 'SUKA'
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Isnin berkenan melancarkan SUKA, jenama bagi produk keluaran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Lelaki proses dan edar dadah dalam rumah sewa kakak ditahan
Seorang lelaki yang memproses dan mengedar dadah di dalam rumah teres kakaknya di Seberang Jaya, Pulau Pinang diberkas polis Khamis lalu.

1.2 tan dadah dirampas di Songkhla
Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) berjaya merampas 1.2 tan dadah jenis kristal Methamphetamine bernilai 120 juta baht di Songkhla, selatan Thailand hari ini.

Polis tahan dua lelaki mabuk keluar kata-kata kesat pada anggota polis
Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Mutiara Rini di Iskandar Puteri, semalam.

5 ditahan, Bukit Aman serbu makmal proses, bungkus dadah di Manjung
Polis menumpaskan makmal haram yang dipercayai menjadi tempat pemprosesan dan pembungkusan dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahru, Lumut di sini pada Selasa.