awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad meninggal dunia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/08/2020
05:51 MYT
Tokoh pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad meninggal dunia
Selain bidang pendidikan, Allahyarham juga pernah menjadi diplomat di Maghribi, Manila dan Thailand.
Tokoh pendidikan yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tan Sri Abdul Rahman Arshad dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi, pada usia 84 tahun.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UiTM pada Ahad memaklumkan, jenazah Allahyarham akan dikafan dan disolatkan di Masjid Jamiul-Huda, Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang, Selangor.
Menurut kenyataan itu lagi, jenazah kemudiannya akan dibawa ke kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan di sana.
Berita sedih itu turut dikongsi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Instagramnya, tengah hari tadi.
"Hari yang amat sedih bagi saya tatkala guru saya dan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah kembali menemui Ilahi awal pagi tadi.
"Semoga Allah mencucuri roh arwah dengan rahmah dan maghfirahNya," katanya.
View this post on Instagram
Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun. Hari yang amat sedih bagi saya tatkala guru saya dan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah kembali menemui ilahi awal pagi tadi. Saya berkesempatan mengunjungi beliau beberapa minggu yang lalu. Mendoakan kekuatan dan kecekalan buat keluarga saat ditimpa ujian ini. Semoga Allah mencucuri roh arwah dengan rahmah dan maghfirahNya. ANWAR IBRAHIM
A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on
Aug 15, 2020 at 9:47pm PDT
Allahyarham yang dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka itu mendapat pendidikan awal di negeri itu sebelum melanjutkan pelajaran di University Malaya (UM).
Beliau kemudian menyambung pelajaran di University of Singapore, University of Reading, New Zealand Administrative Staff College, Harvard Business School dan menamatkan doktor falsafah (PhD) di University of East London.
Abdul Rahman memulakan karier sebagai seorang guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Selepas berkhidmat lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pengarah Pendidikan pada 1991, beliau pernah dilantik bagi beberapa jawatan penting termasuk sebagai Perunding Pendidikan kepada Bank Negara.
Allahyarham juga pernah menjadi diplomat di Maghribi, Manila dan Thailand.
Abdul Rahman turut diberikan kepercayaan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi tahun 2014 hingga 2016.
Topic Berkaitan
#Allahyarham
#anwar inrahim
#Kementerian Pendidikan
#meninggal dunia
#Pengarah Pelajaran Kelantan
#Universiti Teknologi MARA UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan