awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokoh qariah Datuk Rogayah Sulong meninggal dunia

Bernama
Bernama
09/08/2023
03:41 MYT
Tokoh qariah Datuk Rogayah Sulong meninggal dunia
Datuk Rogayah Sulong, 81, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, awal pagi tadi.
KUALA TERENGGANU: Tokoh qariah negara, Datuk Rogayah Sulong, 81, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, awal pagi tadi.
Cucu saudaranya Mohd Faizal Hassan, 39, berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 8.17 pagi tadi selepas tiga hari menerima rawatan di hospital berkenaan.
Rogayah bergelar johan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan sebanyak tujuh kali dan johan Musabaqah Al-Quran antarabangsa sebanyak empat kali sekitar 1960-an dan 1970-an
"Allahyarham pernah menerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah pada 2012," katanya kepada Bernama.
Selain itu, katanya, usaha Rogayah mendekatkan ayat-ayat suci kepada masyarakat dan berkongsi ilmu membaca al-Quran dengan tajwid yang betul serta berlagu telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri sehingga beliau dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu pada 2010.
Mohd Faizal berkata, Rogayah pada hujung usianya tetap aktif mengajar al-Quran.
"Allahyarham yang mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Megat Othman Megat Chik tiada anak, jadi ibu saya yang merupakan salah seorang anak saudaranya, dipelihara oleh arwah sejak kecil," katanya.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas zuhur di tanah perkuburan Islam Kampung Banggol Tuan Muda dekat sini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rogayah Sulong
#tokoh qariah negara
#johan Musabaqah Al-Quran antarabangsa
#Al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan