TOKYO: Memasuki hari sembilan berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini, Kontinjen Malaysia boleh menarik nafas lega apabila beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat pertama buat negara pada temasya sukan berprestij itu.
Biarpun bukan kilauan emas, pingat gangsa yang diperoleh Aaron-Wooi Yik itu cukup bermakna selepas Kontinjen Malaysia ketandusan pingat setelah beberapa atlet negara yang menjadi sandaran gagal merealisasikan sasaran yang diharapkan.
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang diharapkan menghadirkan pingat buat negara terkandas di pusingan 16 terbaik, begitu juga dengan gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.
Turun membawa harapan jutaan rakyat Malaysia agar pingat gangsa yang juga pingat pertama itu menjadi milik Malaysia, pasangan Aaron-Wooi Yik tidak menghampakan apabila menundukkan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan di Musashino Forest Sport Plaza, di sini, malam ini.
Pusat Akuatik Tokyo turut menjelmakan khabar gembira apabila penerjun negara Nur Dhabitah Sabri berada pada landasan yang betul dalam memburu pingat Sukan Olimpik Tokyo selepas layak ke saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu.
Penerjun berusia 22 tahun itu mempamerkan terjunan konsisten dalam kelima-lima terjunan, menyaksikannya yang bermula di tempat kesembilan pada terjunan pertama melonjak ke kedudukan keenam selepas lima terjunan.
Beliau mengumpul 312.60 mata keseluruhan pada saingan separuh akhir hari ini. Hanya 12 penerjun terbaik layak ke akhir yang dijadual pada 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) pada Ahad (1 Ogos).
Di Kasumigaseki Country Club, pemain golf utama negara Gavin Green mempamerkan permainan memuaskan dengan melakukan pukulan satu bawah par 70 di pusingan ketiga hari ini, namun masih gagal memperbaiki kedudukannya daripada menghuni kedudukan tiga terbawah.
Pemain berusia 27 tahun itu yang mencatat tiga atas par 74 dan satu atas par 72, masing-masing di pusingan pertama dan kedua, melakukan lima birdie dan empat bogey hari ini, untuk mencatat keseluruhan tiga atas par 216 sekali gus berkongsi kedudukan bersama pemain Puerto Rico Rafael Campos (73-73-70) di tempat ke-58 daripada 60 pemain.
Juara empat kali Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) Xander Schauffele dari Amerika Syarikat kekal mendahului saingan apabila melakukan tiga bawah par 68 hari ini, sekali gus mengungguli saingan dengan keseluruhan 14 bawah par 199.
Pusingan keempat dan akhir dijadual berlangsung pada 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) Ahad (1 Ogos).
Sementara itu, cabaran jaguh memanah negara Khairul Anuar Mohamad di Sukan Olimpik Tokyo berakhir apabila terkandas pada pusingan ketiga acara Recurve Individu Lelaki, hari ini.
Pemanah kelahiran Kemaman, Terengganu itu gagal menyaingi kehebatan pemanah Korea Selatan Kim Woojin, yang juga bekas juara dunia, apabila tumpas 0-6 pada aksi yang berlangsung di Lapangan Memanah Yumenoshima.
Kim Woojin, yang menghuni ranking kelima dunia ternyata terlalu handal apabila melakukan panahan sempurna 30 mata pada ketiga-tiga set, berbanding Khairul Anuar yang mencatat 27-27-29 mata.
Cabaran penembak wanita negara Nur Suryani Mohamed Taibi dalam acara 50 meter (m) Rifle 3 Posisi Wanita turut terhenti di pusingan kelayakan selepas menamatkan saingan di tempat ke-34 pada aksi di Lapangan Menembak Asaka, hari ini.
Nur Suryani, 38, hanya mengumpul 1,142 mata dalam keseluruhan bidikannya, jauh daripada catatan terbaiknya 1,172 mata yang juga rekod kebangsaan, dan rekod tidak rasmi 1,182 mata yang dilakukan pada sesi latihan terakhir sebelum berlepas ke Tokyo.
Hanya lapan penembak terbaik daripada keseluruhan 37 peserta layak ke peringkat akhir, seterusnya akan bersaing untuk merebut pingat emas.
Sukan Olimpik Tokyo menjadi penampilan kedua Nur Suryani di temasya sukan berprestij itu selepas mencuri tumpuan peminat sukan global pada edisi London 2012 apabila bertanding dalam acara 10m Air Rifle Wanita meskipun sedang sarat mengandung lapan bulan.
Sementara itu, di Enoshima Yacht Harbour, gandingan pelayar negara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali yang berada di kedudukan ke-20 daripada 21 peserta dalam acara International 470 Wanita, setelah mengumpul 91 mata bersih akan meneruskan Perlumbaan Ketujuh dan Kelapan, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 31 2021
Pingat gangsa yang diperoleh Aaron-Wooi Yik itu cukup bermakna selepas Kontinjen Malaysia ketandusan pingat. - Gambar/ Bernama
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.