awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GAYA HIDUP
HUAWEI MatePad Pro 12.2” bawa kuasa PC ke dalam gaya hidup digital
MALAYSIA
Penyelam mengaku tidak salah buat hantaran jelik terhadap Nurul Izzah
POLITIK
Pelantikan dua jawatan Kabinet hak prerogatif Perdana Menteri - Shamsul Iskandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Bank Islam lancar IFiRST untuk dorong syarikat laksana amalan lestari

Bernama
Bernama
20/06/2025
00:30 MYT
Bank Islam lancar IFiRST untuk dorong syarikat laksana amalan lestari
IFiRST mencerminkan komitmen Bank Islam ke arah peralihan yang saksama dan inklusif, merentasi kesemua segmen ekonomi.
KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) melancarkan IHSAN Financing for Business Resilience, Sustainability and Green Transition (IFiRST) untuk memperkasakan perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat peringkat pertengahan dalam menerapkan amalan lebih lestari dan berdaya tahan.
Dalam kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata penyelesaian pembiayaan itu menyediakan sokongan dan akses saksama, seterusnya membolehkan perniagaan untuk aktif bergiat dalam peralihan ke arah ekonomi rendah karbon.
"IFiRST mencerminkan komitmen BIMB ke arah peralihan yang saksama dan inklusif, merentasi kesemua segmen ekonomi.
"Dengan membolehkan amalan yang lebih hijau di segenap rantaian nilai, kami bukan sahaja menyokong perniagaan besar tetapi juga perniagaan kecil dan rakan ekosistem yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan karbon," katanya.
Beliau berkata IFiRST secara strategik menumpukan kepada sektor intensif karbon, menggabungkan akses ke kemudahan seperti Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) Bank Negara Malaysia yang membantu perniagaan mengatasi halangan kewangan dan operasi dalam perjalanan lestari mereka bagi memastikan tiada pemegang taruh yang ketinggalan
Menurut BIMB, IFiRST mengukuhkan lagi kepimpinannya sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang berpandukan matlamat serta komited untuk menerapkan prinsip alam sekitar, sosial, dan tadbir urus dalam penawaran terasnya.
"Sejajar dengan nilai-nilai syariah dan strategi jangka panjang bank ini, IFiRST mencipta nilai bersama untuk pelanggan, pemegang taruh dan alam sekitar, sambil memperkukuh pengurusan risiko dan membuka ruang baharu untuk pertumbuhan aset yang mampan dan bertanggungjawab," katanya.
Mohd Muazzam berkata BIMB berusaha untuk menjadi rakan strategik dalam membantu pelanggan perniagaan bersedia mendepani masa depan melalui khidmat nasihat, penyelesaian pembiayaan lestari dan platform perkongsian pengetahuan.
"Ketika industri mempercepat peralihan mereka ke arah masa depan rendah karbon, BIMB memainkan peranan penting dalam menggerakkan modal untuk memperkasakan amalan penyelesaian dan teknologi hijau sektor korporat dan perniagaan.
"Usaha ini akan meningkatkan daya tahan ekonomi dan menyokong Malaysia dalam menepati matlamat iklimnya," kata beliau.
Menurut kenyataan itu, BIMB kini bersedia untuk melaksanakan Pelan Peralihan Iklimnya, satu pelan hala tuju strategik yang akan memacu ke arah mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Islam
#IFiRST
#perniagaan
#ekonomi rendah karbon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami