KOTA BHARU: Kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah yang berkaitan dengan bekalan air untuk pengguna di negeri Kelantan, dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya beliau telah mengadakan perbincangan ringkas dengan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berhubung perkara itu.
Malah katanya beliau juga telah mempersembahkan 'hasrat' itu pada sesi menghadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Kelantan di Kubang Kerian, petang tadi.
"Kelantan ini hadapi masalah air agak serius, jadi saya nak cadangkan supaya kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri," katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahmad serta barisan menteri-menteri Kabinet.
Anwar berkata beliau berpandangan tidak wajar selepas merdeka lebih 60 tahun Kelantan terus menghadapi masalah berkaitan bekalan air kepada pengguna, dan menurutnya masalah politik yang tidak berkesudahan sememangnya membebankan rakyat.
"Oleh yang demikian saya menyeru (penyelesaian) dan ini pendirian Kerajaan Perpaduan kita akan cari dana, jalan penyelesaian tetapi mesti kaedah yang betul dan mendapat kerjasama penuh Kerajaan Negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini. - Foto BERNAMA
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.

Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Terap elemen majmuk meski berbeza ideologi, falsafah politik - Ahmad Zahid
Elemen majmuk rakyat Malaysia yang hidup aman harmoni perlu diterapkan meskipun berbeza ideologi dan falsafah dalam sesebuah organisasi politik.

Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.

Jangan jadikan perbezaan politik senjata permusuhan - PM Anwar
Ia susulan banyak fakta yang tidak tepat dan fitnah dilemparkan, terutama di media sosial, oleh segelintir pihak mengenai usaha kerajaan untuk membantu rakyat.

Tolak perbezaan politik, selesaikan masalah air Kelantan - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah yang berkaitan dengan bekalan air untuk pengguna di negeri Kelantan.

Ketepikan perbezaan politik, tumpu usaha pacu ekonomi negara
Setiap parti politik seharusnya berusaha keras untuk menterjemahkan manifesto yang telah dinyatakan semasa PRU15.

Ketepikan perbezaan politik, tumpu usaha perangi COVID-19 - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak agar mengetepikan perbezaan politik dan berganding bahu dalam memerangi pandemik COVID-19.

Penguatkuasaan tegas perlu diambil lindungi alam sekitar
Sekiranya kegiatan pencemaran tidak dibendung dari sekarang, ia boleh juga menjejaskan reputasi negara kita di mata masyarakat antarabangsa.

Baru, Abang Johari tolak perbezaan politik demi rakyat Sarawak
Tolak perbezaan politik, utamakan keperluan rakyat dan bersama bangunkan Sarawak antara kata sepakat dicapai Menteri Kerja Raya, Baru Bian dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg.

'Tun M itu dah macam ayah'
Datuk Seri Adnan Yaakob berkata konsep itu selaras sepertimana amalan kerajaan sebelum ini.

Ketepikan perbezaan politik demi penyatuan ummah - TPM Zahid
Masyarakat Melayu harus mengetepikan perbezaan politik sebaliknya meletakkan agama sebagai asas penyatuan ummah.