Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal masih bersikap 'mengunci mulut' berhubung laporan kononnya beliau menolak tawaran jawatan untuk kekal sebagai Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri.
Katanya, selaku menteri besar, beliau hanya menumpukan perhatian terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
"Itu saya tidak mahu komen pasal pengerusi (Pengerusi BERSATU Johor) ialah YB Mazlan Bujang. YB Mazlan fokus pada politik, saya fokus kepada pentadbiran kerajaan negeri," katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong di sini, pada Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mazlan sebelum ini yang dikatakan pernah menawarkan kepada Dr Sahruddin agar terus kekal sebagai setiausaha parti namun ditolak oleh menteri besar berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut ditanya adakah beliau memang tidak kisah untuk tidak mempunyai jawatan dalam parti.
Beliau kemudian menjawab : "Yang penting adalah bagaimana kita memastikan rakyat dapat menerima segala pembangunan dan kesejahteraan yang kita bawa."
Katanya, beliau menyerahkan kepada Mazlan untuk menentukan bila perbincangan dan pertemuan rasmi akan diadakan di antara kedua-dua mereka mengenai parti.
Mengulas mengenai kehadiran kera atau pun monyet liar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepong, beliau berkata peruntukan untuk membuat perangkap sangkar telah diberikan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor.
"Saya maklum bahawa ada kes kera liar dan sebetulnya bukan hanya berlaku di sini (DUN Kepong) sahaja tetapi kebanyakan daerah di Johor, ada.
"Tetapi saya ada meminta Perhilitan untuk memandang serius perkara ini. Nanti, saya akan berbincang bersama mereka, apa pun kita faham dan maklum dan akan buat tindakan bersepadu dan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2019
Selaku menteri besar, Sahruddin hanya menumpukan perhatian terhadap pentadbiran kerajaan negeri. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.