awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tongkang karam: 14 mayat dituntut, 10 dihantar pulang Ahad

Hakim Rahman
Hakim Rahman
21/06/2014
09:32 MYT
Tongkang karam: 14 mayat dituntut, 10 dihantar pulang Ahad
14 mayat tragedi tongkang karam sudah dituntut oleh waris mangsa. --foto fail
Sembilan daripada 14 mayat tragedi tongkang karam sudah dituntut oleh waris mangsa selepas mendapat pengesahan daripada Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), mulai jam 10.40 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Azman Abdul Razak, berkata mayat akan dihantar pulang ke Indonesia dengan menggunakan kargo, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, mulai esok.
Katanya, segala urusan menghantar pulang mayat tragedi itu akan ditanggung sepenuhnya pihak Indonesia, menggunakan dua laluan penerbangan dan akan mendarat di Aceh.
"Ahli keluarga dan rakan mangsa telah membuat pengecaman. Kos penghantaran dan urusan penerbangan ditanggung sepenuhnya kerajaan Indonesia.
"Sebagai mana perintah tugas Gabenor Aceh yang telah dikeluarkan maka sebuah syarikat perkhidmatan jenazah Islam hijrah akan menguruskan segala urusan penghantaran mayat bangsa Aceh. Sembilan daripada 14 mayat akan dihantar esok," katanya dalam sidang media disini, hari ini.
Semua sembilan mayat itu akan dihantar menerusi dua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Urusan penghantaran mayat akan dibuat selepas pasukan forensik polis dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang selesai membuat bedah siasat serta surat akuan kematian.
Sementara itu, Supt Azman berkata, terdapat ahli keluarga telah melakukan pengecaman bagi seorang lagi mangsa hari ini.
Mayat tersebut juga akan dihantar pulang selepas segala dokumentasi selesai.
Dalam pada itu, urusan menaikkan bangkai tongkang yang karam di Kuala Sungai Air Hitam yang sepatutnya dilakukan pagi ini terpaksa ditangguhkan.
Ketua Polis Kuala Langat, Supt Azman Abdul Razak penangguhan itu dibuat atas faktor keselamatan bagi menjamin siasatan terhadap bangkai tongkang tidak terganggu.
"Satu mesyuarat khusus akan dilaksanakan dan akan dipengerusikan oleh pihak-pihak atasan bagi mengenal pasti proses bagaimana pengangkutan bot itu dibuat tanpa menjejaskan siasatan bagi menentukan motif atau punca bot karam di Pulau Carey pada 17 jun 2014 lalu," katanya.
Jelasnya, lokasi bangkai tongkang itu telah pun dikenalpasti dan akan diserahkan kepada Unit Forensik polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Aceh
#Banting
#bot
#karam
#tongkang
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan