awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Kerajaan lulus insentif cukai modal teroka pacu pelaburan pemula niaga - Amir Hamzah
MALAYSIA
Nahas FRU: Mahkamah keluar waran tangkap pemilik syarikat lori
GADGETS
Drunken Master, Once Upon a Time in China antara 100 filem kung fu dibaik pulih guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Tourism Johor pantau projek pelancongan negeri

Bernama
Bernama
25/02/2024
22:30 MYT
Sponsor Banner
Tourism Johor pantau projek pelancongan negeri
Taman Negara Tanjung Piai adalah antara tarikan pelancongan di Johor. - Gambar hiasan/ Bernama
JOHOR BAHRU: Tourism Johor akan memantau semua projek menambah baik infrastruktur pusat pelancongan menerusi peruntukan kerajaan negeri yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan.
Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, segala perkembangan mengenai projek yang ditambah baik akan dimaklumkan secara terus kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang memegang portfolio pelancongan negeri.
Beliau berkata, antara pusat pelancongan yang sedang ditambah baik di negeri itu ialah Zoo Johor dan Taman-Taman Negara.
"Tanggungjawab (baharu) Tourism Johor kena ambil maklum peruntukan yang telah diberikan kerajaan negeri kepada agensi berkaitan untuk naik taraf infrastruktur pusat pelancongan mereka.
"Peranan Tourism Johor, kami tiada produk, jadi tugas kami adalah mempromosi produk agensi lain. Jadi, secara tidak langsung, kami harus ambil tahu bila projek-projek terlibat akan siap untuk memperkasa sektor pelancongan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Johor Bahru Central Bussiness District (CBD) Heritage Walk di Legaran Segget, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hala tuju dan peranan Tourism Johor tahun ini.
Sharil Nizam berkata, langkah untuk memantau itu juga adalah sebagai satu daripada persediaan bagi menghadapi Tahun Melawat Johor pada 2026.
Sementara itu, beliau berkata, Tourism Johor menyasarkan lebih 20 juta kemasukan pelancong tahun ini, memandangkan negeri tersebut mencatatkan lebih 15 juta pelancong pada tahun lepas.
Justeru katanya usaha bagi mempromosi akan terus dipergiat pihaknya bagi menarik kedatangan pelancong menerusi enam segmen iaitu ekopelancongan, sukan, kesihatan, pendidikan, sejarah dan gastronomi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#Tourism Johor
#pusat pelancongan
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami