awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Malaysia susun strategi tingkatkan pelancong China

Bernama
Bernama
01/02/2024
15:53 MYT
Tourism Malaysia susun strategi tingkatkan pelancong China
Ammar berkata strategi itu termasuk menyasarkan untuk menambah frekuensi penerbangan dari China dan menggalakkan syarikat penerbangan baharu di negara itu untuk mempertimbang Malaysia sebagai destinasi pilihan. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Tourism Malaysia giat menyusun strategi dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong dari China sekali gus berhasrat mencapai sasaran lebih lima juta pengunjung dari negara itu bagi tahun ini.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata strategi itu termasuk menyasarkan untuk menambah frekuensi penerbangan dari China dan menggalakkan syarikat penerbangan baharu di negara itu untuk mempertimbang Malaysia sebagai destinasi pilihan.
"Kita menggalakkan lebih banyak penerbangan sewa khas (dari China) untuk melaksanakan inisiatif tersebut dan sebagai contoh, kita berusaha untuk menambah frekuensi penerbangan mungkin dari dua kali seminggu kepada sasaran empat penerbangan seminggu," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan penerbangan sulung Loong Air dari Hangzhou, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 di sini hari ini.
Beliau berkata usaha itu juga selaras dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tahun ini selain merancakkan usaha pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ammar juga optimis mampu mencapai sasaran antara lima juta hingga tujuh juta pelancong China bagi 2024 seiring dengan inisiatif pengecualian visa selama 30 hari bagi pelancong dari negara itu dan India yang bermula pada 1 Dis 2023.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Yeoh Soon Hin dalam ucapan alu-aluannya berkata China adalah sumber pasaran pelancongan utama ke Malaysia dan kekal sebagai antara enam pasaran teratas bagi ketibaan pelancong ke Malaysia.
"Pada tahun lepas, Malaysia menyambut ketibaan kira-kira 1.4 juta pelancong China.
"Laluan baharu dari Hangzhou ini selain peningkatan beberapa frekuensi lain, laluan baharu dan penerbangan sewa khas yang menghubungkan bandar tier pertama dan kedua di China ke Malaysia dijangka mampu menampung permintaan yang semakin meningkat bagi sektor pelancongan dari China," katanya.
Loong Air akan mengendali tiga penerbangan setiap minggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan dengan waktu penerbangan pada 11.10 pagi manakala penerbangan balik dari KLIA Terminal 2 pada 5.25 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelancong China
#destinasi pilihan
#hubungan diplomatik
#frekuensi penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan