awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota ambil alih Daihatsu sepenuhnya mulai Ogos

Astro Publication
Astro Publication
03/02/2016
02:38 MYT
Toyota ambil alih Daihatsu sepenuhnya mulai Ogos
Daihatsu, yang sebelum ini adalah anak syarikat Toyota menerusi pemilikan sekitar 51%, akan menjadi milik penuh syarikat automotif terbesar di dunia tersebut menjelang bulan Ogos 2016. Ini akan menjadi kenyataan melalui pertukaran saham.
Objektif yang ingin dicapai adalah untuk menghasilkan produk-produk yang lebih baik menerusi strategi bersama. Dalam pada itu, syarikat masing-masing boleh memberi fokus kepada kepakaran yang ada.
Ketika mengesahkan perkembangan ini, presiden Toyota Motor, Akio Toyoda berkata, “Presiden Daihatsu, Masanori Mitsui, memberitahu saya yang beliau berhasrat Daihatsu dapat mengekalkan pendekatan mereka yang tersendiri untuk pengeluaran. Namun, sumber terhad pada Daihatsu menghadkan skop perniagaan yang boleh dilakukan, ataupun menerima keperluan teknologi terkini serta meningkatkan daya saing.” Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Toyota, dua komponen penting di dalam strategi mereka adalah untuk teknologi, operasi dan segmen kereta kompak. Khususnya, pembangunan teknologi baharu akan dikongsi bersama-sama pada fasa konsep awal. Fokus pula berlainan, di mana Toyota akan lebih menjurus kepada alam sekitar, keselamatan, keselesaan dan pengalaman pengguna. Daihatsu pula akan tertumpu kepada teknologi cekap-bahan bakar, selain mempakejkan teknologi yang ada pada kenderaan kecil.
Dari segi operasi, Toyota dan Daihatsu akan menggunakan tapak operasi masing-masing di dalam pasaran membangun.
Perbezaan di antara kedua-dua jenama akan diteruskan, dengan barisan model dijual dikhaskan mengikut citarasa pembeli. Daihatsu akan memainkan peranan utama untuk menghasilkan produk di dalam segmen kereta kompak, termasuk bagi Toyota.
Topic Berkaitan
#
# Daihatsu
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan