awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota Avanza sekarang dengan enjin dwi VVT-i baharu

Astro Publication
Astro Publication
09/10/2015
10:40 MYT
Toyota Avanza sekarang dengan enjin dwi VVT-i baharu
MPV Toyota Avanza sudah mendapat tambah baik, termasuk dua enjin yang serba baharu. Varian-varian sedia ada – iaitu Avanza 1.5S Automatik, 1.5G Automatik, 1.5E Automatic dan 1.3E Manual – terus dikekalkan.
Enjin-enjin ini adalah daripada siri NR baharu Toyota yang menggunakan dwi-VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence) yang sebelum ini lebih cenderung digunakan di dalam enjin-enjin model kereta lebih mahal atau sporty. Ia kebih cekap dan menghasilkan gas ekzos lebih bersih. Outputnya juga lebih tinggi, selain kurang bising serta gegaran. Bagi unit 1.3-liter outputnya adalah 96hp manakala 1.5-liter pula adalah 104hp. Tork pula adalah 121Nm dan 136Nm masing-masing.
Mengikut Toyota, kadar penggunaan petrol telah diturunkan antara 5 hingga 15 peratus bergantung kepada keadaan ketika pemanduan. Pemandu juga boleh menekan butang Eco Drive bagi mendapat maklumbalas cara pemanduan paling cekap. Dari segi luaran, panjang keseluruhan telah bertambah sebanyak 50mm tetapi tidak menyumbang kepada kabin lebih luas kerana ia hanya pada ukuran ‘overhang’ hadapan.
Jika rekaan yang lebih segar ini masih tidak cukup untuk pembeli, UMW Toyota juga ada menyediakan aerokit khas yang boleh dipilih ketika pembelian. Ia merangkumi spoiler bampar lengkap dengan DRL, spoiler bampar belakang dan juga skirt sisi.
Kesemua varian (kecuali 1.3E) dikenakan aloi rekaan baharu; 15 inci bagi 1.5S dan 1.5G, dan 1.5E pula bersaiz 14 inci. Di dalam pula kemasan warna dwi-tona telah digantikan dengan warna hitam. 1.5S dan 1.5G turut dibekalkan MID (multi information display) pada belah kanan panel meter. Ia memberi pemandu maklumat penggunaan petrol dan jarak jangkaan untuk paras petrol waktu itu.
Avanza baharu ini mempunyai sepasang beg udara dan untuk brek, cakera hadapan sekarang adalah lebih konsisten hasil daripada penyejukan yang lebih bagus.
Harga bagi Avanza 1.5S adalah RM80,810. Avanza 1.5G pula adalah RM78,477, dan 1.5E adalah RM75,787. Varian 1.3E pula berharga RM69,072 (atas jalan, termasuk insurans).
Topic Berkaitan
#
# Avanza
# Toyota
#UMWT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan