Kerajaan komited untuk terus membantu meringankan beban hidup rakyat termasuk mengotakan janji melaksanakan inisiatif Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan suri rumah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan amat prihatin dengan keluhan serta kesulitan masyarakat dalam menghadapi cabaran hidup masa kini.
“KPWKM juga akan mengotakan janji-janji kerajaan termasuk melaksanakan inisiatif Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat suri rumah walaupun ada perkara berkaitan dana yang dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Bagaimanapun, kami akan tetap berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan janji tersebut buat suri rumah di negara ini,” katanya ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Dewan Puspanita di sini, pada Isnin.
Tambah Wan Azizah, kerajaan akan berusaha untuk meringankan beban hidup rakyat Malaysia khususnya kumpulan sasar KPWKM yang merangkumi golongan wanita terutamanya ibu tunggal, kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, keluarga, orang papa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mangsa bencana.
Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tiba kira-kira jam 6 petang sebelum menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 tetamu terdiri daripada warga dan agensi di bawah KPWKM.
Hadir sama ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Sumbangan turut diberikan kepada kumpulan sasar.
Terdahulu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan menyokong penuh langkah memperkenalkan skim KWSP untuk kalangan suri rumah dan bersedia membantu KPWKM menjayakan usaha itu.
BACA: MoF sokong, sedia bantu pelaksanaan skim KWSP untuk suri rumah
Menurut Guan Eng, dasar itu juga selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan tahap keselamatan sosial golongan suri rumah yang bergantung kepada suami bagi menyara hidup.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Jun 04 2018
Sumbangan turut diberikan kepada kumpulan sasar oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Foto: Astro AWANI
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa" - Wan Azizah, Anwar rai ulang tahun perkahwinan
Dr Wan Azizah mengiringi ucapan itu dengan catatan penghargaan ke atas kesetiaan hubungan perkahwinan bersama Anwar.
Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM
Badan kebajikan perlu teroka kawasan lain yang mempunyai gelandangan dan tidak mengambil jalan mudah dengan hanya fokus kepada satu tempat.
Cadangan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada wanita belum dibentang - Wan Azizah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia menimbang untuk memperuntukkan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada calon wanita.
Ambil langkah awal persediaan PRN Sarawak - Wan Azizah
Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) perlu mengambil langkah-langkah awal untuk menjalankan gerak kerja menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dalam masa satu atau dua tahun lagi.
Saya tidak guna jentera untuk berkempen di PD - Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen pada PRK Port Dickson.
Terap pendidikan bencana sejak kanak-kanak - Wan Azizah
Pendidikan bencana perlu diterap di kalangan kanak-kanak di negara ini sebagai persiapan awal berhadapan dengan sebarang kemungkinan bencana alam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Aziza
Kerajaan pusat lulus RM507,000 baiki sekolah rosak akibat ribut - Wan Azizah
Kerajaan persekutuan juga menyalurkan wang ihsan RM500 kepada 109 ketua keluarga yang rumah mereka terjejas akibat bencana itu.
Kerajaan adakan perbincangan meja bulat teliti perkahwinan bawah umur - Mujahid
Kerajaan dijangka mengadakan perbincangan meja bulat bagi membincangkan SOP yang lebih terperinci untuk dijadikan sebahagian daripada undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur.
Lebih 80 peratus pengasuh berdaftar tiada kelayakan KAP
Seramai 13,700 pengasuh berdaftar di taska seluruh negara tidak mempunyai kelayakan minumum Kursus Asuhan Permata (KAP).
Pengasuh di rumah akan terus dipantau
Kerajaan bercadang untuk menambah baik akta sedia ada termasuk Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan dapat dilakukan ke atas pengasuh di rumah.