Skip to main content

Malaysia

TPM Fadillah kembali hadiri mesyuarat jemaah menteri selepas pembedahan pintasan jantung

https://www.facebook.com/fadillahyusof194/posts/pfbid06hDDRkvtDVqAn2EYkf8ajCqYzGayhihpv1r6MFzSGEy3tcirjWJRkdTAhBnaNBKVl
Fadillah (kanan) yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata sepanjang tempoh cuti sakit  berkenaan beliau hanya akan menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri secara fizikal. - Foto FB Fadillah Yusof
Advertisement

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini kembali menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan berehat sepanjang tempoh cuti sakit.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta seluruh rakan-rakan Jemaah Menteri atas keprihatinan, doa dan sokongan yang diberikan sepanjang saya menerima rawatan.

"Saya amat bersyukur dan gembira dapat kembali bersama rakan-rakan Kabinet dalam mesyuarat pada hari ini.

"Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi kesejahteraan berpanjangan dan dapat melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada 12 Ogos lepas selepas dimasukkan ke institut berkenaan pada 28 Julai lepas dan menjalani angiogram koronari pada keesokannya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement